Memang Benar Ada Wanita Tidak Kisah Lelaki Yang Tidak Berharta Tetapi…

Manusia sekarang seperti haus untuk mengetahui siapa sahaja yang bakal menjadi jodoh, sama ada jauh atau dekat. Tidak jemu-jemu untuk mencari jodoh sehingga telah bertemu dengan ramai orang yang mempunyai pelbagai wajah dan sikap. Kaya atau sederhana. Kacak atau manis. Romantik atau kelakar. Semua golongan telah ditemui, tetapi masih tidak menemui kebahagiaan.

Lelaki juga gemar mengandaikan wanita hanya mahu lelaki yang berharta, berwajah kacak persis ala-ala korea, memiliki kereta mewah yang mudah pergi ke mana sahaja, dan rumah yang selesa. Tetapi lelaki seperti ini tidak pula cuba untuk menjadi lelaki yang sering diidamkan oleh wanita iaitu bertanggung jawab dan penyayang.

Sering meletakkan kesalahan pada wanita, tetapi tidak pernah berfikir kesalahan yang selalu dilakukan.



MEMANG BENAR WANITA TIDAK KISAH DENGAN LELAKI YANG TIDAK BERHARTA TETAPI….

Jika sibuk dengan rokok dan asap yang menyesakkan pasti wanita akan menjauhkan diri juga…

Jika malas keluar mencari rezeki, nanti dah kahwin harapkan isteri?

Jika hampir setiap hari mengungkapkan kata-kata kesat dan lucah ramai sahaja wanita yang tidak selesa…

Jika hampir setiap malam keluar lepak dengan kawan-kawan, takut nanti terbawa-bawa setelah berkahwin…

Jika umur sudah makin meningkat tiada perasaan untuk bertanggung jawab dan berdikari, bagaimana nak menjadi imam pada isteri nanti?

Memang benar ada wanita tidak kisah dengan lelaki yang tidak berharta, tetapi  perlu lah ada kelebihan disebalik kekurangan.



Jika tiada harta yang cukup, usahakan lah dengan membuat kerja sambilan…

Jika tiada harta yang cukup, kayakan lah hati dengan sikap penyayang…

Jika tiada harta yang cukup, jadilah lelaki yang kaya dengan ilmu pengetahuan…

Jika tiada harta yang cukup, jadilah lelaki yang bertanggung jawab…

Kenapa perlu menjadi lelaki yang menutup kesalahan sendiri dengan menuding kesalahan ke atas para wanita? Tidak perlu menjadi lelaki yang ego semata-mata untuk memperbaiki diri. Mengaku sahaja kesalahan, dan majukan diri menjadi lelaki yang disenangi.

Tidak lah para wanita akan sering mengatakan ‘men are trash’. Tidak lah juga wanita mengandaikan lelaki semua sama sahaja. Cuba jadi lelaki yang luar biasa. Walaupun hidup sederhana sukar untuk mencari kerja dan pendapatan, cuba untuk lakukan sesuatu yang baru dalam kehidupan. Didiklah diri untuk tidak menyakiti hati wanita. 



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen