Dilema Yang Bakal Dihadapi Apabila Bercinta Terlalu Lama.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa kata makin lama bercinta makin bahagia, tidak semua orang begitu. Ada sahaja yang makin lama bercinta makin banyak dilema yang perlu dirinya hadapi. Hal ini kerana, semakin banyak kita mengenali pasangan kita, semakin banyak lah kekurangan dirinya yang akan diketahui. Jadi sudah pasti anda akan teragak-agak dalam hubungan anda. Nak berpisah sayang, tak berpisah tak sanggup untuk hidup bersama. Mari lihat dilema lain yang dihadapi.

1. Takut kesunyian.

Bertahun lama menjalinkan hubungan membuatkan anda berasa selesa mempunyai seseorang yang sentiasa berada di sisi anda. Sehinggakan anda merasakan takut untuk kehilangan dirinya. Setiap kesalahan yang dilakukan anda biarkan tanpa teguran. Sebenarnya, anda bukan takut kehilangan pasangan anda tetapi lebih kepada takut kesunyian.



2. Masih belum bersedia untuk bernikah.

Komitmen diperlukan untuk menjalinkan satu hubungan yang serius. Maka dengan itu, anda serta pasangan anda perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab, namun pasti salah seorang daripada kalian akan serius atau tidak. Ia itu masih beranggapan bahawa hubungan ini masih panjang untuk dijadikan satu hal yang serius.

3. Ahli keluarga kerap bertanya status hubungan kalian.

Apabila sudah terlalu lama bercinta, sudah pasti ahli keluarga mula ingin mengetahui tindakan selanjutnya. Tidak akan selama-lamanya hanya bercinta sahaja, maka dengan itu pasti ibu bapa anda akan kerap bertanya bila hendak masuk meminang ataupun bila nak langsungkan majlisnya. Jadi anda pasti berasa rimas dengan soalan tersebut.


4. Sikap abaikan pasangan.

Anda telah mengenali hati budinya, sudah pasti anda akan berasa selesa dengan dirinya. Tapi di dalam keselesaan itu membuatkan diri atau anda mengabaikan hal-hal yang kecil dengan beranggapan bahawa pasangan tidak kisah sedangkan sebaliknya. Perasaan terlalu selesa ini lah yang membuat salah seorang mudah berasa jemu dan bosan terhadap hubungan yang dibina.

5. Ingin berpisah tetapi malas untuk memulakan semula.

Terlalu lama tanpa satu usaha untuk ke arah yang serius sudah pasti membuatkan anda penat menunggu. Anda ingin berpisah dengandirinya tetapi pada masa yang sama anda sudah malas untuk memulakan satu hubungan yang baru. Di mana ia perlu mula dari langkah yang awal semula. Maka anda akan bertahan di sisinya walaupun dalam keadaan yang terpaksa.

Semakin lama anda bercinta makin banyak lah dilema yang akan anda hadapi. Dan semuanya itu anda akan tanggung bersendirian sekiranya anda tidak berkongsi bersama pasangan anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen