Jika Tidak Boleh Move On Dengan Ex-Girlfriend, Janganlah Terpaksa Memilih Orang Lain Menjadi Suri Hati.

Bekas kekasih ini sama ada akan memberi kenangan yang indah atau buruk dimana ia boleh dijadikan sebagai pengajaran. Majoriti daripada kita semua pasti masih segar di dalam ingatan tentang bekas kekasih kita, bukan? Sama ada mahu move on atau terperangkap dalam penjara yang dibina sendiri.

Tahniah jika anda mampu melupakan bekas kekasih, malah lupuskan semua kenangan, contact atau perkara mengenai diri mereka. Seolah-olah tidak wujud. Bagaimana pula pada mereka yang masih dibayangi oleh bekas kekasih sehingga memerlukan seseorang untuk menjadi pengganti? Sudah tentu keputusan ini tidak adil pada orang baru tersebut.

Jika ingin memilih seseorang untuk menjadi isteri, menjadi teman hidup semati, suri hati malah bidadari dalam perkahwinan, pilihlah dengan seikhlas hati. Jika benar hebat bekas kekasih anda, kenapa kalian berdua memutuskan hubungan terburu-buru? Jika sudah menjadi bekas kekasih, tidak perlu menjadi stalker di sosial media.

BUKA HATI, BUKA MINDA.

Pada saat ini lah anda perlu bermuhasabah diri mengapa si dia menjadi bekas kekasih….

Dan pada saat ini lah anda perlu memberi ruang pada diri untuk berkenalan dengan orang baru….

Jangan lah memilih seseorang hanya kerana terpaksa menutup hati yang terluka. Perasaan manusia ini berbolak-balik….

Belajar untuk mencari hikmah apa yang terjadi dalam hidup anda…

JANGAN MENGANIAYA ORANG BARU HANYA SEKADAR UNTUK MELUPAKAN BEKAS KEKASIH.

Janganlah berfikiran sempit dan mencari wanita lain untuk dijadikan sebagai isteri.

“Mak carikan orang isteri, bosan lah asyik teringat kat (nama bekas kekasih) je….”

Jika kahwin hanya kerana untuk menutup luka, khuatir tidak mencapai keharmonian di dalam rumah tangga dan akan cuba merujuk pada bekas kekasih tersebut. Pada waktu ini, anda akan menganiaya isteri anda dengan berlaku curang. Hati-hati!

Tidak perlu menyimpan dendam. Tidak perlu berhasad dengki. Oleh kerana itu pentingnya ungkapan maaf secara ikhlas.

Perasaan yang berbolak-balik pasti mudah terhasut dengan godaan syaitan. Jika lemahnya ilmu keagamaan, pasti diri hanyut dengan bekas kekasih. Terlalu mudah dengan kata-kata bekas kekasih untuk merujuk kembali. Jika si dia masih tidak berubah dan mempermainkan perasaan anda? Padan muka!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen