5 Alasan Untuk Tidak Bernikah Pada Usia Yang Terlalu Muda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila tamat sahaja pelajaran pasti ramai akan mendirikan rumahtangga. Walaupun baru sahaja tamat SPM, ramai yang memilih untuk berkahwin, terutama wanita. Soalan seperti bila akan berkahwin juga akan turut berlegar-legar di mulut-mulut orang sekeliling. Jika bagi anda yang masih belum berkahwin pada usia yang muda, mungkin anda boleh lihat alasan-alasan yang boleh digunakan sebagai jawapan kepada orang sekeliling.



1. Masih mencari jodoh yang bersesuaian.

Mencari jodoh ini bukan mudah, ia perlu usaha dan keyakinan yang tinggi. Ia bukan seperti pergi memancing ikan di laut. Maka anda harus membuat pemilihan jodoh ini dengan bijak. Bukan apa, perkahwinan ini kalau boleh hanya sekali seumur hidup dan bahagia ke akhir hayat. Jadi berkahwin pada bukan usia muda ini dapat mengelakkan berkahwin dengan jodoh yang salah.

2. Ingin belajar berdikari.

Pada zaman ini, tidak semua wanita yang berkahwin boleh bergantung hidup terhadap suami mereka. Hal ini kerana, pelbagai kemungkinan akan berlaku terhadap hubungan suami isteri. Sebagai contoh, suami mempunyai wanita lain, hingga menyebabkan anda tiada tempat untuk bergantung kerana diabaikan. Jadi sebagai wanita, anda perlu harus belajar berdikari dahulu dan tidak terlalu bergantung pada pasangan anda.

3. Ingin melihat dunia luar.

Selepas berkahwin, hidup anda pasti akan lebih tertumpu pada pasangan serta rumah tangga. Maka selagi anda belum berkahwin, maka lebih elok jika anda pergi melihat dunia luar. Di mana melihat budaya dan adat yang berlainan dari anda. Tidak pun anda merantau sepuas-puasnya dahulu. Baru selepas kahwin nanti anda akan lebih mudah untuk menumpukan kepada rumah tangga anda.


4. Ingin mempunyai kerjaya.

Sebelum berkahwin ini lah anda perlu mempunyai pekerjaan tetap serta mengembangkan kerjaya anda. Baik lelaki mahupun wanita, jika sudah berkahwin nanti anda boleh terus tumpukan apa yang telah anda bina serta rumah tangga anda. Maka tiada lagi alasan untuk sibuk mencari keselesaan hidup.

5. Masih ingin berbakti kepada ibu bapa.

Apabila mereka sudah dewasa maka dirinya akan melihat ibu bapanya yang sedikit uzur, maka dia akan mengambil tanggungjawab untuk menjaga serta memberi perhatian kepada ibu bapa mereka. Biasanya mereka yang sebegini adalah anak sulung mahupun bongsu. Mana tidaknya mereka ini rasa dipertanggungjawabkan akan perkara tersebut.

Sebenarnya, jodoh akan tiba pada waktu yang benar-benar anda telah bersedia. Tidak kira lah pada umur berapa sekali pun. Walaupun anda sudah masuk ke 30an tidak mustahil umur anda tiba waktu itu. Jadi jangan terlalu kecewa apabila jodoh tidak tiba awal.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen