Adakah Teman Wanita Anda Melakukan 8 Perkara Ini? Jika Ya, Jangan Lepaskan Mereka Untuk Dijadikan Sebagai Isteri.

Apabila masyarakat sering menekankan dan mengatakan pada si perempuan, hati-hati dalam pemilihan suami, lelaki pun perlu dinasihatkan juga dalam pemilihan isteri. Kadang-kala tidak semua wanita mudah dinasihatkan oleh seorang lelaki. Apabila teman wanita anda sukar untuk dilentur egonya dan tidak makan nasihat, mungkin si dia bukan jodoh anda yang tepat.



Jadi, apakah perkara yang dilakukan oleh teman wanita anda untuk anda tidak ragu-ragu memilih si dia sebagai isteri? Jom baca…

1. Ada simpanan sendiri.

Wanita yang gemar menyimpan dan ada simpanan sendiri, pasti akan terdorong untuk tidak membazir kelak. Jika ada sahaja duit lebihan dari nafkah suami atau gaji, pasti wanita ini akan rajin menyimpan.

2. Tidak terlalu mengharap pada pendapatan anda.

Jika anda keluar dengannya semua kos perbelanjaan minyak, tol dan makan pasti dibawah tanggungan anda. Hadiah? Tidak perlu katanya kerana jika dia minat pada barang tersebut pasti akan diusahakan dengan duitnya sendiri. Malah si dia juga pasti akan cuba berkongsi kos perbelanjaan ketika dating.



3. Tidak membeli barangan berjenama.

Teman wanita anda bijak berbelanja. Si dia bijak untuk mencari barang yang tidak berjenama tetapi konsepnya sama sahaja dengan barangan berjenama. Yang penting bukan barang tiruan ya!

4. Tidak selalu ajak dating di restoran mahal.

Apabila anda berdua keluar dating, lepak mamak pun okay. Tengok wayang pun mungkin sebulan sekali kerana mahu menyimpan duit untuk berkahwin bersama dengan anda.

5. Kawal diri tidak membeli barang mekap berlebihan.

Sebagai seorang wanita, barang mekap dengan dirinya bagaikan tidak boleh berpisah. Setiap minggu ada sales di drugstore seperti watson dan guardian, setiap minggu itu jugalah mahu menghabiskan duit membeli barang mekap yang sudah sedia ada. Katanya ini warna lain pula. Yang sebelum ni tak matching dengan baju baru nanti. Hmmm…



6. Tidak teruja dengan jualan murah.

Teman wanita anda juga tidak teruja dengan sales yang ada di depan matanya. Masuk di kedai tersebut juga tidak mahu. Takut nanti mula-mula kata mahu window shopping, nanti terbeli pula.

7. Tidak teruja mahu hidup yang lebih sempurna dari kawan atau jiran.

Wanita ini mempunyai naluri pantang jika orang lain lebih darinya. Pantang jika lihat kawan lebih cantik darinya, pantang lihat kawan beli bag baru, baju baru, telefon bimbit baru dan pelbagai lagi. Tetapi teman wanita anda seperti cool pula. Tak ada hati untuk berlawan dengan kawan-kawannya.

8. Tidak fashionista atau hijabista.

Teman wanita anda adalah seorang yang simple. Trend yang sering menjadi viral di sosial media tidak langsung menjadi ikutan pada dirinya. Si dia hanya memakai segala pakaian yang hanya selesa dengan dirinya. Nanti pakai shawl lilit, makan pun gelojoh juga.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen