Sebab-Sebab Kata Laluan Akaun Media Sosial Itu Tidak Perlu Dikongsi Bersama Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan pasti ingin tahu lebih lanjut mengenai akaun media sosial pasangan mereka. Terutama dengan siapa mereka pernah saling berbalas mesej. Bukan hanya itu, tetapi lebih kepada takut pasangan berlaku curang terhadap hubungan yang dibina. Biasanya wanita lebih mempunyai sifat insecure yang tinggi mengenai akaun media sosial pasangan ini. Mari lihat mengapa anda tidak perlu tahu kata laluan akaun media sosial pasangan anda.



1. Harus lebih memahami akan privacy.

Sebagai seorang yang dewasa, anda seharusnya lebih bertindak lebih matang dalam hubungan anda. Di mana anda harus tahu bahawa setiap orang mempunyai hal peribadinya. Maka berikan sedikit ruang untuknya sendiri. Mengetahui kata lalaun akaun media sosial pasangan serta melihat dengan siapa mereka berhubung itu bukan bererti anda memahami privacy pasangan anda. Tetapi lebih menghilangkan rasa ragu-ragu anda.

2. Akan lebih banyak rasa curiga.

Apabila anda mengetahui kata laluan media sosial pasangan, perasaan curiga terhadap diriya akan bertambah. Terutama jika melihat mesej-mesej yang penah dibalas sebelum menjalinkan hubungan dengan anda. Tidak ke anda merasakan pasangan anda itu suka melayan. Itu belum lagi melihat mesej-mesej sweet bersama bekas kekasihnya dahulu. Lagi anda semakin ragu-ragu dengan dirinya.

3. Anda dianggap sebagai pasangan yang suka mengongkong.

Sudah pasti anda tidak mahu dicop sebagai pasangan yang kuat cemburu serta kaki mengongkong bukan. Tetapi jika ini kelakuan anda sudah pasti anda akan dianggap sebegitu oleh orang sekeliling yang mengetahui hubungan anda. Mana tidaknya pasangan anda pasti meminta rakan-rakannya berhati-hati dalam membalas komen di media sosialnya.


4. Mencalarkan imej pasangan anda.

Jika perkara ini diketahui oleh rakan-rakannya sudah pasti ia akan mencalarkan imej mereka. Terutama dikalangan lelaki ini, sudah pasti pasangan anda akan diejek oleh rakan-rakannya. Biasanya rakan-rakan wanita tidak ambil pusing sangat akan perkara seperti ini. Sebab mereka akan melakukan perkara yang sama anda lakukan.

5. Anda akan kelihatan lebih berkuasa.

Hanya kerana sikap anda yang ingin mengetahui lebih mengenai pasangan anda, ia telah membuat pasangan anda takut akan dirinya. Jika ketika bercinta anda telah berkelakuan seperti ini jadi bagaimana jika kalian berkahwin. Sudah pasti hidupnya akan semakin bingung. Jadi jangan menyebabkan kelakuan anda, diri anda ditinggalkan.

Jika anda terlalu risau sekiranya pasangan anda berlaku curang, apa kata anda melakukan pemeriksaan secara besekala terhadap akaun media sosial pasangan anda. Dengan ini tanpa ketahu kata laluan pun sudah pasti akan diketahui juga.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen