“Isteri Mana Yang Tak Ke Neraka Kalau Dapat Suami Macam Awak!” Bahana Apabila Kata-Kata Suami Adalah Satu Doa.

Ingat lagi kita pada drama Nur di TV3 setiap 10 malam sewaktu ketika dahulu? Kata-kata ini diungkapkan oleh pelakon Nur Khiriah sebagai Ecah apabila suaminya Ustaz Hamadi menegur;

“Awak tinggi suara dengan saya? Derhaka namanya. Nerakalah tempat awak”

Situasi ini menunjukkan apabila suaminya sentiasa ‘menerakakan’ isterinya apabila ada sahaja yang tidak kena dimatanya. Oleh kan sebab itu si isteri ini tidak tahan dengan kata-kata suaminya dan membalas dengan kata-kata tersebut.



Lupakah kita bahawa setiap kata-kata dan sangkaan manusia itu adalah salah satu doa secara tidak langsung pada Allah SWT?

Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman,

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى

“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.”

Hadis ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus husnuzon pada Allah SWT dan mempunyai sikap berharap pada-Nya. Dan Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-Mukmin ayat 60;

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Dan Tuhanmu berfirman : “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.”

Rasulullah SAW pun memanggil Siti ‘Aisyah dengan panggilan manja “Ya Humaira” (wahai si merah jambu). Percayalah dari hati yang ‘cantik’ itulah keluar kata-kata, perilaku, dan sikap yang baik-baik.



CARA TERBAIK UNTUK DIDIK ISTERI…

Perkahwinan ini tidak dapat dijangka. Ada yang isteri teruk, suami baik. Namun disebabkan ego wanita ini tidak setinggi lelaki, suami yang baik pasti dapat mendidik isteri ke syurga. Namun, ada juga isteri baik, tetapi dapat pula suami yang teruk sikapnya. Apabila si isteri sedaya upaya mengajak si suami untuk melakukan sesuatu kebaikan, pasti ada sahaja alasannya.

“Abang, jom solat Jemaah..”

“Abang jom baca Al-Qur’an sama-sama..”

Jawapan yang mengecewakan seperti “Awak buat lah dulu, saya penat”..pasti akan meruntun jiwa si isteri.

Seperti soalan dari Ustaz Ebit Lew yang sering ditujukan pada si suami yang berjumpa dengannya mengadu tentang rumah tangga.

 “Abang ada solat jemaah dengan isteri?”

“Abang ada buat bacaan taklim di rumah?”

“Abang ada bantu isteri buat kerja rumah? Ada bagi hadiah, bunga atau buat surprise untuk tunjukkan kasih sayang?”



PENTINGNYA SYARIATULLAH DAN SUNNATULLAH.

Sebagai seorang suami pentingnya tahu cara mendidik isteri kerana ia sememangnya tanggung jawab untuk menjadi suami dalam perkahwinan. Seorang suami bukan sahaja memberi benih untuk si isteri melahirkan zuriat sahaja, malah perlu tahu apakah maksud Syariatullah dan Sunnatullah dalam perkahwinan.

Adakah perkahwinan semata-mata untuk hubungan kelamin sahaja?

Didik isteri dengan syariatullah iaitu solat Jemaah dengan isteri, perbetulkan solatnya seperti untuk kusyuk dan solat di awal waktu. Malah hidupkan majlis ilmu di dalam rumah, lakukan taklim dna mengaji bersama.

Didik isteri dengan sunnatullah iaitu dengan tahu ambil hatinya, menjaga emosinya, sayang dan hargainya dengan sepenuh hati.

Jadi, wahai suami mulalah dengan berkata-kata indah pada si isteri. Tukarlah nama isteri di contact telefon bimbit anda pada “Isteriku Bidadariku” dan katakanlah pada mereka..

“Abang tahu sayang adalah seorang isteri yang baik dan solehah..”

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen