“Bila Sudah Senang Mula Lah Lupa Apa Yang Isteri Korbankan, Mula Lah Nak Kahwin Lain” – Ikuti Perkongsian Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kerap kali kita dengar yang suaminya akan meninggalkan isterinya yang dahulunya sanggup susah senang bersama. Bukan itu sahaja, apabila sudah senang segala kepayahan yang si isteri lalui dan korbankan itu sudah tidak bermakna lagi, tetapi ketika dalam keadaan susah, segala yang isteri lakukan itu lebih dihargai dan isteri juga lebih merasa bahagia. Mari baca sedikit perkongsian mengenai suami yang lupa menghargai isteri apabila senang oleh saudara Amir Syahir di laman Facebooknya.



Hargai Dirinya

Bukan senang nak cari orang yang sanggup susah senang dengan kau tempuhi hidup ni. Tambah-tambah yang sanggup terima kau masa kau tak punya apa-apa.

Tapi, bila ada yang sanggup terima kau sebagai suami masa kau bukan siapa-siapa, masa kau tidak ada apa-apa dan siap support dan faham kau dari segi ekonomi dan emosi, kau kena hargai. Hargai seluruh jiwa raga kau. Hargai sebenarnya-benarnya.

Jangan cepat lupa diri bila kau dah senang. Bila duit kau dah banyak, berikan apa yang dia nak masa kau tak mampu berikan dulu. Senangkan hati dia. Buat dia gembira dan bahagia.

Isteri ini selalu banyak berkorban. Dia sanggup buat apa sahaja untuk suami dan anak-anaknya. Dia sanggup korbankan keinginannya sebab dia tak nak susahkan suami dia. Dia korbankan bentuk badan yang cantik kerana suami mahukan zuriat sebagai penyeri keluarga.

Dia korbankan waktu tidur untuk menjaga anak-anak. Dia korbankan wajah yang cantik kerana sibuk uruskan keluarga. Dia sanggup korbankan segala-galanya sebab cinta dan sayangnya dia pada keluarga. Baginya, keluarga ibarat nyawanya.

Makan minum pun kurang cukup, pakaian biasa-biasa, setahun satu baju baru je dapat, tempat tinggal tak selesa pun dia tak mengeluh. Dia tak merengek nak itu ini. Dia tahu keadaan ekonomi kau.



Jangan kau buat perangai bila kau dah hebat dan berjaya. Masa tu mula lah nak nak kahwin dua la, apa la. Jangan cepat lupa diri. Jangan lupa siapa yang menyebabkan kau berjaya. Jangan lupa siapa yang terima kau masa kau tidak punya apa-apa.

Isteri ni jiwa dia lain. Kalau dulu dia seorang perempuan yang cepat merajuk, bila dah jadi isteri dan ibu, jiwa dan hatinya lebih kental. Jangan sesekali kau duga hatinya. Kalau dia pernah kuat saat susah bersama kuat, bila kau lupakan atau abaikan dia, dia akan 10 kali lebih kuat sesudah tak bersama kau.

Hargai dan sayangi dia sepenuh hati kau. Terima dia seadanya seperti mana dia terima kau satu ketika dulu. Siapa dia? Isteri kau la. Pandang muka dia, pegang tangan dia dan ucapkanlah terima kasih kepadanya. Nyatakan juga betapa kau sayang padanya. Cuba kau tengok nanti, betapa terharunya dia.

Kena saling melengkapi. Saling sayang satu sama lain. Biar susah senang bersama. Ingat dia selalu ada dengan kau. Hargai dia bukan sekadar ucapan "I Love You" semata-mata je tapi dengan perbuatan juga. Tunjukkan sepenuh perhatian kepada dia.

Apa yang nak saya sampaikan, tak semua orang sanggup terima kita di saat kita tak ada apa-apa. Di saat kita masih di bawah. Apabila, makwe/tunang/isteri kau terima kau seadanya kau patut hargai dorang. Dah berjaya kau jangan nak lupakan jasa dorang. Dah berjaya kau jangan nak cari lain pula. Kah!

Jangan pernah lupa siapa yang sanggup susah senang bersama anda, tak akan ketika anda sudah miliki segalanya anda mula lupakan pengorbanannya. Miliki isteri yang sanggup bersusah senang ini adalah antara suami yang sangat beruntung.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen