Jangan Pernah Mengemis Cinta Seseorang Apabila….

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila anda mengemis cinta seseorang, adakah anda merasakan ia membahagiakan? Sudah pasti tidak bukan. Mengemis cinta ini adalah satu perbuatan yang sia-sia sebenarnya. Di mana ia akan lebih melukakan serta menipu hati anda. Untuk apa anda mengejar cinta seseorang yang sememangnya sudah tidak ada hati terhadap anda. Berikut adalah beberapa situasi yang tidak anda harus mengemis cinta seseorang.



Anda mungkin boleh mengemis cinta seseorang yang mempunyai perasaan yang sama dengan anda tetapi malu untuk mengungkapkannya. Tetapi perkara ini tidak akan pernah terjadi. Hal ini kerana mengemis cinta ini lebih merujukkan kepada seseorang yang menginginkan seseorang yang lain tetapi orang tersebut tidak menginginkan anda.

Cinta ditolak selepas anda berlaku jujur terhadap perasaan anda kepadanya? Jika ini berlaku kepada anda, anda seharusnya berhenti untuk mengejar serta meminta cintanya. Sudah terang dan jelas bahawa dirinya tidak mahukan anda. Jika ia mempunyai perasaan yang sama seperti anda, sudah pasti dirinya akan cuba memberi peluang kepada anda.

Selain itu, apabila anda bercinta bertahun dengan seseorang tetapi akhirnya pasangan anda memutuskan perhubungan kalian. Orang seperti ini tidak layak untuk dikejar. Mana tidaknya, jika anda mengejar cintanya, ia akan membuat dirinya membangga diri serta memandang rendah terhadap anda. Adakah anda layak mendapatkan cinta sebegitu? Sudah pasti tidak.


Di samping itu juga, anda tidak harus mengejar cinta seseorang yang inginkan masa daripada anda. Di mana selepas menjelaskan isi hati anda, dirinya mahukan satu jangka masa yang panjang untuk memberi anda jawapan. Ini adalah salah satu cara menolak cinta anda sebenarnya. Jadi jangan terlalu berharap bahawa dirinya akan menerima anda.

Apabila anda mengemis cinta seseorang anda kelihatan begitu kasihan, namun pada masa yang sama seseorang mampu mengambil kesempatan ke atas diri anda. Jadi apabila seseorang tidak mahukan anda, terus sahaja mulakan langkah hidup yang baru. Anda layak untuk mendapatkan seseorang yang membahagiakan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen