Mengapa Poligami Itu Perlukan Kebenaran Seorang Isteri?

Oleh: Zuzu Yasmine

Poligami atau bermadu kasih terhadap seorang lelaki bukan lah satu perkara yang asing lagi dalam isu perkahwinan. Poligami itu akan melukakan hati seorang isteri tetapi jika ia dilakukan tanpa kebenaran lagi lah menyakitkan si isteri. Poligami itu juga adalah satu kemampuan seorang suami, jika suaminya mampu untuk berlaku adil. Tetapi mengapa poligami ini perlu meminta kebenaran seorang isteri? Mari ikutinya.



1. Meminta kerelaan isteri.

Benar, suami merupakan pemimpin dalam rumah tangga. Namun, sebelum sesuatu keputusan dibuat dalam keluarga, adalah penting untuk suami isteri berbincang.
Apatah lagi poligami adalah isu yang sangat besar, jadi melaksanakannya tanpa berbincang mungkin mampu mencetuskan perang.

2. Mengiktiraf perasaan wanita.

Sekiranya suami meminta izin, ia dapat menyejukkan hati wanita malah sebagai cara menjaga perasaan isteri untuk berpoligami. Ia juga sebagai satu langkah memperlakukan isteri dengan baik seperti yang diajarkan Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ عَدِيِّ بْنِ عَدِيٍّ الْكِنْدِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَشِيرُوا عَلَى النِّسَاءِ فِي أَنْفُسِهِنَّ

Maksudnya:

Daripada ‘Adiy ibn ‘Adiy Al-Kindi daripada bapanya: Rasulullah SAW bersabda: “Berbincanglah dengan wanita tentang diri mereka sendiri.”


3. Menggauli isteri di rumah.

Rasulullah SAW sangat menghargai isteri. Lantas Baginda berpesan sekiranya suami tergoda dengan wanita lain, segera menggauli (berbual) dengan isteri di rumah.

Baginda juga tidak pernah berpesan untuk segera menikahi wanita itu kerana baginda menunjukkan contoh bernikah bukan kerana nafsu tapi kerana kepentingan agama Islam.

Hal ini kerana lelaki yang berkahwin senyap di belakang isteri tanpa kerelaan, jelas bagi lelaki itu perkahwinan adalah dorongan nafsu dan bukan kepentingan agama.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda.

“Apabila salah seorang kamu tertawan dengan seorang wanita dan hal itu berbekas dalam hatinya, dia hendaklah segera mendapatkan isteri dan menggaulinya. Sesungguhnya itu akan membuang segala perasaan yang ada dalam dirinya.” (Riwayat Muslim).



4. Menyebabkan pergaduhan besar.

Apabila tidak meminta izin isteri, perbuatan tersebut sukar dilupakan dan pastinya isteri hilang kepercayaan pada suaminya.

Sekaligus meruntuhkan institusi perkahwinan tersebut. Sebab itu kata sepakat dan perbincangan harus berlaku sama ada isteri merelakan atau hak isteri pertahankan perkahwinan di mahkamah.

Paling tidak, isteri minta dibebaskan dengan cara baik. Sekaligus, dapat mengelakkan pergaduhan besar tercetus.

5. Suami tidak boleh nafikan hak isteri pertama.

Selain itu, kerelaan dan keizinan isteri penting supaya suami tak boleh nafikan hak isteri pertama dalam soal bayaran nafkah.

Keduanya, suami tidak boleh menafikan hak isteri dalam menuntut di mahkamah apa saja aset yang diperoleh dalam usaha bersama sepanjang perkahwinan.

Harta tersebut perlu dibahagikan atau dijual dan hasilnya dibahagikan sama rata, sebelum suami dibenarkan berpoligami.

Poligami ini kelihatan mudah untuk dilakukan, tetapi sebenarnya ia akan menyakiti hati perasaan seorang wanita. Terutama wanita ini lebih mudah untuk berasa cemburu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen