Apa Maksud Di Sebalik Kata “Sayang”?

Oleh: Zuzu Yasmine

Kata sayang adalah satu kata yang sangat popular digunakan untuk menunjukkan rasa cinta terhadap seseorang. Biasanya perkataan ini kerap digunakan ketika menjalinkan hubungan percintaan dengan seseorang. Dan kata-kata itu mampu membuat sesiapa sahaja tersenyum dan bahagia. Tapi apa maksud di sebalik sayang itu? Mari ketahuinya dengan lebih lanjut.



Sayang itu di mana anda berasa gembira dan bahagia di sisi seseorang. Ia menunjukkan bahawa anda ingin memiliki orang tersebut. Anda ingin dirinya sentiasa bersama anda dalam apa jua keadaan sama ada susah mahupun senang. Tapi dalam masa yang sama anda mahu dirinya bahagia di sisi anda tanpa rasa terluka.

Selain itu juga, sayang ini menunjukkan kepada melepaskan di dalam perhubungan. Sebagai contoh, jika sayang akan seseorang itu dan ingin melihat dirinya bahagia, maka lepaskan dirinya untuk menemui kebahagiaan mereka sendiri. Anda sayang akan dirinya tetapi anda rela melepaskannya demi kebahagiaan dirinya dan bukan kepentingan anda sahaja.


Sayang juga bermaksud melindungi. Anda sayang akan diri anda? Sudah pasti anda tidak mahu diri anda terluka. Begitu juga jika anda sayang akan seseorang, sudah pasti anda tidak mahu sesiapa melukakan dirinya termasuk diri anda sendiri. Anda akan berusaha untuk melindungi dirinya dari segala perkara yang akan menyakitinya.

Sayang ini boleh jadi membahagiakan mahupun melukakan diri atau orang di sekeliling anda. Ia kelihatan indah apabila seseorang itu membalas rasa sayang anda, tetapi ia akan menyakitkan apabila perasaan sayang anda diabaikan oleh seseorang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen