Jom Rebut Pahala Untuk Menjadi Isteri Solehah Dan Mithali.

Rasulullah SAW bersabda:

“Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia ialah wanita yang solehah”(Riwayat Muslim)

Hadis tersebut menunjukkan tujuan mencari isteri mithali adalah supaya mendapat sebaik-baik kenikmatan dunia.



Untuk mengekalkan keharmonian dalam rumah tangga para isteri dan juga yang bakal menjadi isteri jom ikuti tips ini, dan jadikan sebagai amalan untuk menjadi isteri solehah dan mithali…

1. Dalam hidup berumahtangga, suami anda adalah keutamaan anda.

2. Ingat bahawa perkahwinan anda adalah sesuatu yang perlu dipertahankan sampai bila-bila. Bila ada masalah, cari jalan penyelasaian. Jangan mudah putus asa.

3. Jaga solat anda dan Allah akan jaga perkahwinan anda

4. Akui bila anda salah dan suami anda betul. Buang ego anda dengan kata-kata seperti 'Betul cakap awak' atau 'Saya tak terfikir macam itu pula'.



5. Berkerjasama dan semua pasangan patut bersetuju tentang tugas masing-masing dan sebagainya.

6. Beritahu dia bila anda terluka atau apa yang mengganggu fikiran anda sejak mula lagi. Jangan biarkan perasaan anda terbuku di dalam hati.

7. Letakkan Allah sebagai yang utama. Cari redhaNya dalam semua yang anda lakukan dan Dia akan menjaga bukan saja perkahwinan malah juga seluruh hidup anda.

8. Sabar itu sangat penting.

9. Ingat bahawa anda nak menjadi isteri yang baik untuk dapat ganjaran dari Allah SWT.



10. Jangan besarkan perkara yang remeh-temeh

11. Jangan ungkit perkara yang lepas-lepas.

12. Kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.

13. Lelaki bukan pembaca minda, jadi jangan harap dia sentiasa akan faham fikiran anda.

14. Jangan guna perkataan yang boleh merendahkan atau menyakitkan hati seperti 'Memanglah!' atau 'Betullah!' atau 'Apa-apa aje lah!'



15. Sentiasa perfikiran positif dalam semua situasi. Bila Syaitan nak memecah belahkan masyarakat, dia akan mengganggu hubungan suami isteri kerana itu adalah asas sebuah komuniti. Jadi jangan biarkan syaitan menghasut minda anda dengan berfikir yang negative tentang suami anda.

16. Semakin tua seorang lelaki, semakin banyak perhatian yang dia mahukan dari isterinya.

17. Jangan tidur dalam keadaan marah.

18. Didik hati untuk mudah memaafkan.

19. Kalau anda suri rumah, jangan rendahkan diri anda. Peranan sebagai seorang isteri dan ibu yang baik boleh jadi kerja yang paling susah sekali, tapi ia juga sangat memuaskan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen