Fenomena Jodoh Lewat.

Peredaran masa membuatkan segala-galanya berubah. Termasuklah jodoh lewat yang sering dibualkan oleh masyarakat. Di sosial media rata-rata anak muda merungut masih lagi tidak bertemu jodoh, kesepian, mahukan teman dan ada juga berputus asa kerana sukar bertemu jodoh. Bukan sahaja di facebook, di twitter ramai sahaja yang meluahkan perasaan sehingga mempunyai akaun semata-mata untuk mencari jodoh.

Ramai yang mengatakan di sosial media bukan lah tempat yang boleh dipercayai untuk mencari jodoh. Duduk sahaja di atas sejadah doa dan memohon pada Allah untuk mendapat jodoh dengan cepat. Itu usaha berdoa dengan Allah. Usaha sendiri untuk ke arah jodoh, adakah sudah siap dilakukan?



MENGAPA SEKARANG MENJADI-JADI FENOMENA JODOH LEWAT INI?

1. Mungkin kerana terlalu pentingkan “Aku nak orang yang aku suka, suka aku jugak”

Insan seperti ini mahu mencari dan tetap berusaha pada seseorang yang dia suka. Insan ini langsung tidak toleh belakang, depan atau disisi, mana tahu sebenarnya jodoh sedang memandang dari sisi lain. Terlalu obsess dengan kenyataan sebegini membuatkan hanya fokus pada perkara yang mungkin tidak akan terjadi.

2. Mungkin terlalu ragu-ragu dengan pilihan.

Kadang-kala bukan rupa paras yang menjadi ukuran untuk memilih jodoh bagi empunya diri, tetapi apa yang mereka lihat adalah..

“Kerja dah okay, tapi kereta pula takde, naik motor je ke?”

“Jauhnya kalau kahwin dengan dia ni, mak ayah aku nanti macam mana?”

“Kalau aku kahwin dengan dia ni, nanti aku bahagia ke?”



3. Mungkin tidak sanggup melalui kesusahan bersama.

Ada juga sebahagian daripada mereka seperti takut untuk keluar daripada zon yang selesa. Dimana terlalu selesa hidup dengan ibu bapa dan adik-beradik, atau hidup berseorangan. Terlalu selesa sehingga merasakan “Buat apa nak hidup susah dengan orang yang aku tak kenal”. Kerana mereka seperti tidak tahu apa yang mereka patut lakukan, sekiranya mempunyai pasangan yang jauh beza cara hidup dengannya.

4. Mungkin hanya kelompok kawan yang sama bertahun-tahun.

Mahu berkahwin, tetapi sukar mencari teman kerana mempunyai kelompok kawan yang sama. Jika kawan tersebut sudah berkahwin “Mana kau kenal dia?” jawapannya “Ouh aku jumpa kat sini..” “Kawan aku yang kenalkan…” “Masa aku ikut mak aku jumpa kawan dia…”.

Setiap orang, pasti bertemu jodoh dengan cara yang berbeza. Jika sudah terlalu lama bersendirian, mungkin keluar jauh sikit untuk mencari kenalan baru. Jangan takut dengan cabaran. Kerana berkahwin adalah cabaran yang besar daripada mahu berkawan.

Selain daripada itu, hanya berserah sahaja pada Allah tanpa usaha membuatkan seseorang itu bertemu jodoh lewat. Takut nak jumpa orang baru. Takut kehilangan. Semuanya takut. Jika anda yakin pada Allah, sudah tentu anda yakin untuk mencari jodoh.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen