Pasangan Suka Membandingkan? Bagaimana Untuk Tanganinya?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan tidak bersyukur mempunyai pasangan seperti anda, tetapi dirinya hanya mahukan yang terbaik dalam hubungan kalian. Mungkin cara membandingkan itu adalah salah satu cara dirinya untuk menegur anda tanpa dirinya menyedari bahawa perbuatan itu adalah melukakan. Namun begitu, terdapat anda boleh melakukan beberapa perkara mengenai sikap pasangan yang sebegini. Mari ketahuinya.



1. Cuba untuk tunjukkan sisi anda yang lebih baik.

Apabila pasangan anda mula membandingkan anda dengan orang lain, cuba untuk tunjukkan sisi anda yang lain kepadanya. Iaitu sisi yang dirinya tidak penah lihat sebelum ini. Tetapi pastikan sisi itu adalah lebih baik berbanding apa yang dirinya bandingkan. Jika tidak pasti dirinya akan mengejek anda pula nanti.

2. Cuba untuk lakukan seperti yang diminta.

Mengapa anda seperti diri anda bukan seperti diri orang yang pasangan anda bandingkan? Sudah tentu kerana diri anda adalah yang terbaik dan sesuai dengan anda. Jadi cuba lakukan apa yang diminta. Sudah pasti ia tidak akan bersesuaian dengan anda dan pasti ia kelihatan sedikit janggal. Tetapi jika pasangan anda tidak merasainya, bermakna dirinya tidak ikhlas menyukai anda.

3. Cuba lakukan perkara yang sama.

Walaupun anda merasakan dirinya itu sudah cukup untuk anda, tetapi anda perlu melakukan ini untuk menyedarinya. Di mana cuba anda membandingkan dengan seseorang yang lebih baik darinya. Perkara seperti ini dilakukan untuk membuat pasangan anda merasai apa yang anda rasakan.


4. Mengabaikan segala kata-kata dirinya.

Cuba untuk berfikiran positif, dirinya melakukan perkara itu kerana mahu yang terbaik untuk anda. Dan anda pula jika tidak mahu berlaku pergaduhan serta malas melayani karenahnya, adalah lebih baik anda abaikan sahaja kata-katanya. Bukan itu sahaja, anda diam dan berpura-pura tidak dengar sahaja.

5. Jika dirinya membandingkan dengan bekas kekasih, bagaimana?

Jika dia melakukan itu, ada katakan sahaja pada dirinya bahawa diri anda adalah yang terbaik. Jika bekas kekasihnya yang terbaik mengapa dirinya berpisah bekasnya itu. Dan mengapa memilih anda sebagai pasangannya. Cuba untuk membuat dirinya berasa malu dan keliru dengan tindakannya.


Membandingkan itu adalah satu perkara yang menyakitkan, jika anda merasakan dirinya tidak dapat menerima anda dengan baik. Adalah lebih elok anda mencari seseorang yang menerima anda seadanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen