Jangan Malu Bertanyakan 6 Soalan Ini Pada Teman Lelaki Anda Untuk Mengetahui Jika Si Dia Serius Mahu Berkahwin Atau Tidak.

Kadang-kala kaum wanita seperti malu untuk bertanyakan tentang soalan perkahwinan atau pernikahan dengan teman lelaki. Mungkin malu atau segan, kerana soal ini kebiasaannya lelaki yang akan mulakan dahulu. Tetapi jika teman lelaki anda tidak mulakan perbualan ini, sudah pasti sampai bila-bila anda tidak tahu jawapannya nanti.

Jangan malu, kalau malu nanti pasti perkenalan yang terlalu lama, dan silap hari bulan sebenarnya teman lelaki anda tidak serius pun mahu berkahwin. Jom lihat 6 soalan tersebut...



1. “Dah fikir ke nak duduk mana nanti lepas kahwin?”

Tanyakan hal ini pada teman lelaki. Adakah si dia sudah mempunyai jawapan? Adakah perancangannya setelah berkahwin tinggal bersama ibu bapa si dia? Jangan lengahkan soalan ini. Jika dalam perancangan untuk membeli rumah, dan tidak tahu bagaimana untuk mulakan, ikuti facebook saudara ini (Amir Syahir).

2. “Nanti dah ada anak, saya kena berhenti kerja ke?”

Perkara ini sering menjadi masalah dalam rumah tangga. Malah, akan menjadi terlalu waspada sekiranya hantar anak kepada pengasuh disebabkan zaman sekarang terlalu banyak video viral anak didera. Jika anda perlu berhenti kerja, adakah si dia mampu untuk menanggung?



3. “Kalau saya masak, awak nak belikan barang dapur?”

Perlu tahu peranan masing-masing apabila ia berkenaan dengan perbelanjaan dapur. Bukan si isteri perlu masak keseorangan, barang dapur perlu beli sendiri, asalkan dapur semuanya isteri. Agihkan tugas sama rata. Hari ni isteri masak, suami listkan barang yang mahu dibeli. Esok lusa suami masak, isteri pula beli barang dapur.

4. “Nanti kereta rosak, nak pergi kerja macam mana?”

Sebab itu pemilihan rumah sangat penting untuk mereka yang akan berkahwin nanti. Adakah rumah berdekatan dengan tempat kerja? Kemudahan awam senang dapat atau tidak? Jika kereta rosak, ada motor untuk hantar isteri pergi kerja? Semua itu penting di kemudian hari. Lelaki perlu lebih bijak jika ia berkenaan dengan hal seperti ini.



5. “Nanti dah ada anak, nak hantar sekolah macam mana?”

Ada pasangan yang tidak kisah, anak-anak sekolah biasa. Tetapi ada juga pasangan mahu hantar anak tadika atau sekolah cina dahulu. Ada juga mahukan anak belajar bahasa inggeris dahulu. Tetapi tidak ditekankan tentang sekolah agama. Jangan lupa ya, ajar anak-anak tentang asas agama itu yang paling penting.

6. “Awak ada penyakit serius yang saya tak tahu?”

Perkara ini sangat penting. Kebanyakan pasangan yang telah berkahwin terkejut sekiranya teman hidup mereka tiba-tiba mempunyai penyakit kritikal. Ambil tahu jika si dia sering mengambil ubat seperti darah tinggi, gastrik, migraine dan lain-lain. Jangan ambil mudah ya!



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen