Bagi Mereka Yang Sedang Menanti Jodoh, Mari Lakukan Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh itu akan tiba pada waktu yang tepat dan apabila anda telah bersedia. Menanti jodoh sememangnya memenatkan, di mana anda tidak akan tahu siapa mereka, di mana mereka, bagaimana rupa mereka serta dengan siapa mereka ketika ini. Sudah pasti akan menjadi persoalan kepada anda. Tetapi di dalam penantian yang memenatkan itu, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan sehingga jodoh yang tepat tiba kepada anda. Mari ketahuinya.



1. Menikmati masa single anda.

Jangan terlalu sibuk hendak mencari dan mengejar jodoh anda sehingga anda lupa untuk menikmati masa single anda. Anda perlu menikmantinya. Mengapa? Hal ini kerana, jika anda berkahwin nanti, anda tidak akan mula rasa inginkan kebebasan dengan tanggungjawab yang anda. Jadi nikmati setiap masa yang anda miliki, jangan biarkan diri anda terasa kesal.

2. Berkhidmat kepada orang tua.

Sebelum anda menerima tanggungjawab mengenai perkara lain, apa kata anda beri segalanya kepada ibu bapa anda. Pada masa ini lah anda perlu membalas jasa mereka. Mana tidaknya, jika anda tidak membalas ketika anda sedang bujang ini, masa bila untuk anda membalasnya? Jika anda sudah berkahwin tanggungjawab anda menjadi lebih banyak, sudah pasti anda akan terlepas pandang mengenai mereka ini nanti.

3. Mempersiapkan mental.

Anda tidak akan tahu bagaimana dugaan, ujian dan cabaran yang akan melanda rumahtangga anda. Maka dengan itu, anda perlu membuat persiapan yang lebih awal. Persediaan mental ini untuk memastikan anda bijak dalam membuat keputusan serta tahu mengendalikan pergolakkan rumahtangga anda.


4. Menjaga diri anda.

Jauhikan diri anda dari segala perkara yang boleh mendatangkan fitnah buat diri anda. Hal ini kerana, fitnah mudah untuk mendekati mereka yang masih bujang. Bukan hanya itu sahaja, elakkan diri anda daripada mendekati dosa-dosa yang besar. Dalam erti kata lain jaga lah maruah serta kerhormatan diri anda.

5. Menjaga hati.

Pada saat-saat seperti ini adalah sangat penting untuk menjaga hati. Perasaan yang dimiliki tentu akan jadi lebih sensitif. Boleh jadi anda akan merasa cemburu jika melihat rakan-rakan anda sedang sibuk bersama keluarga serta mempersiapkan hari bahagia mereka. Jaga hati anda jangan sampai merasa hendak putus asa dan membenarkan hasutan syaitan melemahkan anda.

Sebenarnya ketika ini banyak ujian yang akan datang mendekati anda. Ujian-ujian ini sebenarnya lebih hebat dari ujian di alam perkahwian. Jadi anda perlu lebih kuat dari segi hati dan iman anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen