Terlalu Kerap Menyebut Nama Si Dia, Menunjukkan Anda Telah Jatuh Cinta.

Jatuh cinta adalah satu perasaan yang ajaib. Anda sendiri akan tidak sedar bahawa sebenarnya telah mencintai seseorang hanya melalui perbuatan. Anda sendiri merasakan ia adalah perkara normal yang terjadi, namun orang sekeliling pasti akan terkesan dengan perubahan diri anda.

“Dulu kau tak pernah sebut pun nama dia, sekarang dalam satu hari sejuta kali juga kau sebut…”

“Dulu kau susah nak senyum, aku tengok sekarang ni kau happy…”

“Dulu aku tengok kau, jawab call aku pun taknak angkat, lagi selesa nak mesej je…”

TERLALU KERAP MENYEBUT NAMA SI DIA MENUNJUKKAN DALAM MINDA SERING MEMIKIRKAN HAL DIA.

Nak mandi teringat pada si dia…

Nak makan pun teringatkan si dia…

Melakukan apa jua kerja juga semuanya teringat pada si dia…

Ungkapan di bibir akan terluah sekiranya itu yang anda fikirkan di minda. Mata tidak dapat menipu, apatah lagi hati sendiri. Apabila dalam minda anda sering fikirkan tentang makanan, sudah pasti anda akan mencari makanan, bukan? Jadi, apabila hati sudah merasai perasaan cinta, minda akan terfikirkan hal dia senantiasa, maka segala perbuatan dan percakapan akan terdorong ke arah si dia.



ANDA AKAN KERAP…

Menceritakan hal si dia pada sahabat…

Menceritakan hal si dia di sosial media…

Malah tidak jemu pula untuk tulis di dalam diari…

PERASAAN INI SANGAT SUCI SEHINGGA LAH ANDA BERDUA BERTEMU BERDUAAN

Oleh sebab itu menurut Islam, perkara sebegini adalah haram kerana akan mendekati zina. Lebih elok berjumpa di tempat yang umum atau paling afdal bertemu dengan ahli keluarganya sahaja. Jika sentiasa berduaan, hati yang mudah lemah dengan godaan syaitan pasti akan cuba untuk memegang tangan. “Alahhh…takpe lah pegang tangan, sayang kan. Hak milik sendiri”. Hati terdetik begitu. Mula-mula pegang tangan kemudian perkara yang amat ditakuti adalah terjerumus ke lemabh maksiat.

Jika sudah terlalu kerap menyebut nama si dia, titipkan lah nama si dia di dalam doa usai sahaja solat. Tetapkan hatinya untuk diri anda, dan tetapkan lah hati anda untuk si dia supaya lebih sayang menyayangi. Mudah-mudahan jika ia dijalan diredhai Allah, pasti perjalanan kea lam pernikahan akan dipermudahkan. Insya Allah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen