5 Tanda Hubungan Anda Sukar Untuk Ke Jinjang Pelamin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bercinta dengan tujuan untuk berkahwin adalah impian setiap mereka yang terlibat dalam hubungan. Berapa lama dalam percintaan itu tidak akan mengubah impian kedua-dua pasangan. Tetapi adakah anda tahu bahawa terdapat beberapa sebab mengapa hubungan anda sukar diakhiri dengan pernikahan yang sah. Mari ketahui tanda-tandanya.



1. Menggunakan orang ketiga apabila menghadapi masalah.

Jika pasangan lain yang menghadapai masalah, perbincangan antara mereka berdua akan dilakukan untuk mencari penyelesaian. Tetapi dalam hubungan anda tidak, kalian akan lebih menggunakan orang ketiga untuk menyelesaikan masalah bagi hubungan kalian. Sebagai contoh pihak ketiga itu akan menjadi orang tengah yang akan menjelaskan masalah yang anda hadapi. Nampaknya kalian masih belum matang.

2. Sentiasa menunda waktu untuk berjumpa dengan ahli keluarga pasangan.

Mungkin anda sibuk dan tidak mempunyai banyak masa, tetapi itu bukan bermakna anda boleh mengelak dari membuat perkara yang serius. Boleh jadi juga anda mempunyai perasaan malu. Tetapi sampai bila anda hendak malu dan kekalkan hubungan anda pada tahap ini.

3. Hubungan tidak ada ‘give and take’.

Hubungan percintaan ini perlu saling menguntungkan pasangan. Baik dari satu perkara yang remeh hingga lah ke perkara yang berat. Jika hanya satu pihak yang memberi dan satu pihak sahaja menerima, ia bukan lah satu hubungan yang bahagia. Tetapi ia lebih kepada melukakan hati seseorang.


4. Mudah naik tangan atau terlalu manja.

Jika hubungan anda dipenuhi dengan sentuhan fizikal seperti pukulan, ia bukan lah satu perkara yang baik. Pasangan anda seharusnya melindungi anda bukannya menyakiti anda. Tetapi jika salah seorang dari pasangan anda seorang yang terlalu manja, ia juga masih belum sesuai untuk berkahwin. Hal ini kerana, dirinya belum bersedia untuk memikul tanggungjawab.

5. Komunikasi itu penting.

Tidak kira lah anda menjalinkan hubungan jarak jauh atau tidak, komunikasi ini akan memainkan peranan penting kepada anda. Hal ini kerana, melalui komunikasi ini anda akan mudah selesa serta mesra dengan pasangan anda. Bukan itu sahaja, jika tiada komunikasi bagaimana anda ingin hidup sebagai suami isteri.

Sebelum ingin berkahwin, anda seharusnya mengubah diri anda terlebih dahulu. Jangan bawa sikap ini hingga ke alam perkahwinan. Hal ini kerana ini tidak akan membuat setiap orang yang terlibat merasa bahagia.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen