Ex-Boyfriend Datang Kembali Menagih Cinta Dan Mengaku Telah Berubah. Apa Yang Anda Perlu Lakukan?

Kadang-kala cerita lama yang telah terbuku, pasti akan terbuka lembarannya kerana seseorang masih belum beres urusannya dengan anda. Sedaya upaya menutup buku tersebut untuk melupakan kenangan lama. Tetapi anda lupa, kenangan tersebut masih ada dia. Si dia yang masih belum menutup buku kenangannya dengan anda.

Jadi, apakah yang anda perlu lakukan jika ex-boyfriend datang menagih cinta, tetapi anda pula sudah mempunyai pasangan…

1. Tutup pintu hati.

Cuba anda tanyakan pada diri anda adakah cinta dahulu hanya mengikut nafsu sehingga anda lalai meninggalkan ibadah? Adakah cinta bersama dengan dia dahulu membuatkan anda dekat diri pada Ilahi dan pergi ke ceramah, diskusi atau seminar?

Bagaimana pula dengan cinta anda sekarang? Adakah ia amat berbeza dengan cinta dahulu? Jika hati telah dikunci dengan cinta kerana Ilahi pasti tiada peluang sesiapapun menduduki hati anda. Cepat-cepat tutup pintu hati anda.

2. Jaga masa dan jaga amal.

Setiap waktu dan masa itu amat berharga bagi kita semua sebagai manusia. Setiap detik itu akan menentukan syurga neraka anda, begitulah nilaian yang akan diterima di akhirat. Jika si dia tiba-tiba datang kembali menagih cinta, adakah bagi anda ia hanyalah membuang masa? Setiap kali memikirkan ex anda, adakah anda tiba-tiba berubah sikap?

Hati-hati kerana semua itu dihitung dengan begitu halusnya sebagaimana hati yang diciptakan penuh sensitiviti seharusnya kita lebih peka dengan dosa dan pahala.

Ingat setiap masa dan amalan mulai datangnya si dia, anda seperti bermain dengan api cinta yang bakal menghanguskan segalanya. Ibadah yang anda mula kumpul, semakin menipis hanya teringat pada si dia. Kenapa anda tidak mahu fikir tentang pasangan anda yang sekarang sahaja? Tidak payah membuang masa bukan?

3. Keluarkan toksin daripada akal fikiran dan hati.

Oleh kerana manusia adalah makhluk yang mudah terpengaruh dan lalai, jadi semua negativiti atau toksin dalam diri hanya dibiarkan sahaja. Jangan terlalu Go with the flow kerana jika anda mengharungi hari-hari anda dan tersimpannya toksin yang lama tersebut, adakah anda mampu menyedut aura positif? TIDAK.

Past is past. Buang segala negativiti dan fokus apa yang anda miliki sekarang. “Apabila kita pandai memilih makanan yang baik dan halal tentulah tubuh badan selamat dari penyakit.” Jadi pilihlah pasangan yang terbaik untuk hati dan jiwa anda. Jangan menyeksa diri dengan kisah lama yang bakal merundum hati anda kelak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen