Antara Lelaki Yang Akan Ditarik Ke Neraka Berserta Sebabnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya yang kita tahu bahawa wanita adalah yang paling ramai akan menjadi penghuni neraka. Mereka ini akan ke neraka berdasarkan sebab-sebab tertentu. Tetapi mereka ini mudah untuk ke syurga apabila dia taat kepada agama, iaitu perintah Allah s.w.t serta taat kepada suaminya. Maka mudah lah dirinya untuk pergi ke syurga. Tetapi bagaimana dengan lelaki? Apakah penyebab mereka ini akan ke neraka? Dan siapa di kalangan lelaki ini akan ke neraka? Mari ketahui dengan lebih lanjut.



1. Seorang ayah.

Apa yang menjadi punca si ayah masuk ke neraka? Apabila seorang ayah yang sudah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan serta mendidik keperluan agama. Sebagai contoh, mengajar solat, mengajar membaca al-Quran serta sebagainya. Mereka juga lalai dalam menyuruh anak-anak mereka untuk menutup aurat dengan sempurna.

2. Seorang suami.

Bagaimana suami boleh ke neraka? Si suami boleh ke neraka kerana mengabaikan segala tindakan serta kelakuan isterinya. Sebagai contoh, isterinya bergaul bebas di tempat kerja, berhias bukan untuk suaminya, sehingga menjadi perhatian orang lain dan apabila suami mendiamkan dirinya. Walaupun dirinya terdiri daripada orang yang soleh, iaitu solat di awal waktu serta tidak meninggalkan puasa. Tetapi mereka akan tetap juga ditarik oleh isterinya.

3. Seorang abang.

Apa peranan seorang abang kandung yang sebenarnya? Apabila ayahnya telah tiada, ia akan menjadi tanggungjawab abang kandungnya dalam menjaga maruah adik-adik perempuannya. Jika dirinya hanya lebih mengutamakan keluarganya serta adik-adik perempuannya diabaikan dari ajaran agama. Maka dirinya akan ditarik oleh adiknya ke neraka kelak.


4. Seorang anak lelaki.

Bagaimana anak lelaki boleh pergi ke neraka? Ia terjadi apabila tidak menasihati seorang ibu mengenai kelakuan yang haram di dalam Islam. Maka anak itu akan disoal serta dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Iaitu mereka ini akan ditarik oleh ibu mereka ke neraka.

Bukan hanya wanita sahaja yang mudah untuk pergi ke neraka tetapi seorang lelaki yang lalai akan tanggungjawab mereka juga akan ditarik oleh wanita-wanita tersebut. Maka dengan itu, antara wanita dan lelaki, sama-sama lah kalian membantu antara satu sama lain dalam mengelakkan azab api neraka ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen