Adakah Anda Benar-Benar Mengenali Pasangan? Jom Lihat 18 Soalan Ini.

Berkenalan, bercinta dan akhirnya berkahwin. Proses dan langkah-langkah yang dilihat seperti mudah tetapi sukar untuk menjangkakan hasilnya. Sepanjang proses tersebut adakah anda benar-benar telah mengenali pasangan, dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki? Adakah anda pasti semua perkara tentang pasangan, anda telah ketahui?



Jom lihat 18 soalan ini, adakah anda tahu kesemua jawapannya?

1. Paling penting adalah, adakah anda tahu latar belakang hidupnya? Tentang kisah silam mereka?

2. Adakah anda tahu latar belakang ahli keluarganya? Setelah berkahwin, anda perlu tahu identity semua adik-beradiknya. Manu tahu ada yang bekas penjenayah, bekas penagih dadah. Jangan pula nanti dah kahwin, anda terkejut. Ketika itu nak pusing waktu pun tak boleh.

3. Adakah anda tahu tentang hobinya dari masa ke semasa? Ini kerana setiap orang memiliki hobi mengikut perubahan zaman, masa dan waktu. Hobi juga kadang-kala boleh berubah, inikan pula perasaan manusia, bukan?

4. Adakah anda tahu warna kegemarannya? Warna kereta? Warna telefon bimbit? Setiap orang juga mempunyai warna kegemaran yang berbeza untuk setiap barang.



5. Adakah anda tahu penyakit yang dialaminya sekarang? Atau penyakit masa lalu yang membuatkan si dia pernah masuk ke hospital?

6. Adakah anda benar-benar tahu cara atau gaya si dia berbual? Bagaimanakah cara si dia berbual dengan sahabat baik? Orang asing? Ahli keluarga?

7. Adakah anda tahu gaya si dia berfikir? Adakah si dia berfikir dahulu kemudian bertindak atau secara melulu?

8. Adakah anda tahu latar belakang akademiknya? Adakah sijil akademiknya mendapat penghargaan dari Universiti yang sah, dan tidak palsu?

9. Adakah anda tahu kecerdasan fizikalnya? Aktif bersukan atau hanya duduk di dalam rumah sahaja bermain game? Atau apakah sukan kegemarannya?



10. Adakah si dia mempunyai ego yang tinggi atau pandai mengawal egonya sendiri?

11. Adakah anda tahu cita-citanya, impian pada 5 atau 10 tahun akan datang? Rumah atau kereta idaman?

12. Adakah anda tahu lagu kegemarannya? Dan adakah si dia mempunyai lagu istimewa untuk anda sendiri?

13. Adakah anda tahu cara si dia berpenampilan? Pakaian yang bagaimana menjadi kegemarannya?



14. Apakah makanan kegemaran si dia? Adakah anda tahu untuk memasak makanan kegemarannya?

15. Bagaimanakah kepetahannya bercakap dan tahap kecerdasan bahasanya? Adakah si dia introvert atau extrovert?

16. Adakah anda tahu karekternya ketika bekerja? Adakah berbeza sikapnya ketika melayan anda dengan ahli keluarga?

17. Adakah anda tahu jika si dia minat membaca atau tidak? Bahan bacaan apakah yang menjadi kegemarannya?

18. Adakah anda tahu tahap keilmuannya? Selain dari isu semasa mungkin kehidupan, agama atau keluarga?



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen