Rukun Nikah Sebenar Berbanding Rukun Nikah Anak Muda Zaman Sekarang.

Jika mengikuti perkongsian daripada lelaki ini, ada benarnya. Perkahwinan zaman dahulu dengan zaman sekarang jauh berbeza. Mungkin dahulu hanya orang-orang kenamaan sahaja yang mempunyai majlis mewah, tetapi zaman sekarang bersusah payah bakal pengantin untuk menyimpan wang supaya dipandang gah oleh orang ramai.

Jom lihat perbandingan tersebut…

RUKUN NIKAH

  1. Pengantin Lelaki
  2. Pengantin Perempuan
  3. Wali
  4. Dua Orang Saksi
  5. Ijab Dan Qabul

RUKUN NIKAH ANAK MUDA

  1. Pengantin Lelaki
  2. Pengantin Perempuan
  3. Wali
  4. Dua Orang Saksi
  5. Ijab Dan Qabul
  6. Mak andam
  7. Jurugambar
  8. Juruvideo
  9. Katering
  10. Cincin Kahwin
  11. Pelamin
  12. Khemah/canopy
  13. Baju kahwin lima pasang
  14. Gubahan 9 hantaran
  15. P.A System & DJ
  16. Kek Kahwin 3 tingkat
  17. Set Karaoke
  18. Candy Booth
  19. Photo both/Photoshot
  20. Door Gift

Tak salah nak gembira di hari yang indah kau tu. Tapi ramai yang tersalah langkah ambil pembiayaan peribadi buat belanja kahwin.

Buat pembiayaan peribadi sampai RM30K. Habis dalam masa seminggu je. Gembira sekejap tapi sedih 10 tahun bayar hutang ni. Anak masuk sekolah Tahun 1 pun hutang belum habis bayar.

Kurangkan apa yang patut seperti perkara yang kalau tiada pun nikah tetap sah. Kalau kau mampu takpela. Ni tidak, sampai berhutang bagai. Tak payahla. Buat sakit kepala.

Yang terbebannya kaum lelaki lah. Buat pembiayaan peribadi. Bila dah kahwin, nak bayar itu ini. Banyak nak guna duit untuk memulakan kehidupan selepas kahwin. Dah la kerja gaji ciput je.

Kau kena la menyimpan dari awal. Ajak pasangan kau sama-sama menyimpan. Mulakan tabung kahwin. Ini tidak, bercinta bagai nak rak tapi duit untuk belanja kahwin tak pernah nak fikir.

Kalau belum jumpa calon lagi pun, simpan siap-siap. Takde salahnya. Lagi senang. Bila dah jumpa yang berkenan di hati terus kahwin. Tak payah tunggu lama-lama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen