Pasangan Yang Sukar Dicari Adalah Pasangan Yang Mengingati Antara Satu Sama Lain. Adakah Pasangan Anda Mempunyai Ciri-Ciri Ini?

Zaman sekarang memang sukar untuk memiliki pasangan yang sanggup bangun jatuh bersama. Yang paling penting adalah pasangan yang sentiasa mengingati bukannya tidak ambil peduli dan tidak menghiraukan. Ada sahaja pasangan seperti “Ah…suka hati awak lah nak buat apa…”, “Dah besarkan, boleh buat keputusan sendiri kan…”

Jika anda berfikiran sebegitu, adakah dengan secara tidak langsung anda memang benar tidak mengambil berat tentang pasangan? Bukankah jika kita saling mencintai pasti akan sentiasa mengingati?

Jom ketahui ciri-ciri pasangan yang saling mengingati antara satu sama lain…



1. Saling ingatkan tentang solat.

Sebagai muslim, solat itu adalah tiang agama. Jika mempunyai pasangan yang sama-sama lalai tidak menjalankan ibadah, adakah anda berharap hubungan kekal dengan barakah? Jika seorang lalai tentang solat, seorang lagi seperti ragu-ragu perlu atau tidak untuk mengingatkan si dia tentang solat. Anda selalu berfikiran, anda bukan lah orang yang baik untuk ingatkan tentang solat. Si dia sudah besar, pasti tahu mana yang baik dan buruk.

Jika anda tahu meninggalkan solat itu adalah perkara yang buruk, pasti dalam hati terus terdetik untuk ingatkan si dia.

2. Saling ingatkan tentang kelemahan dan keburukan.

Pasangan yang baik sering berkomunikasi tentang kelemahan supaya si dia dapat menerima seadanya. Berkongsi kelemahan masing-masing dengan mengharap suatu hari nanti, jika anda melakukan kesilapan, pasangan akan sentiasa mengingati anda. Mengingatkan anda untuk berubah. Mengingatkan anda untuk lebih memperbaiki diri, jangan terikut-ikut dengan perangai lama.



Masing-masing berusaha untuk membentuk hubungan yang sihat dan berkekalan. Jika pasangan anda mempunyai ciri-ciri ini, jagalah mereka dengan sebaik mungkin. Jangan lah mempermainkan perasaannya.

3. Saling ingatkan tentang kewangan.

Oleh kerana kewangan adalah perkara yang bakal mencetuskan pergaduhan, maka pasangan sering mengingatkan untuk menyimpan wang untuk masa hadapan. Tidak lah dua-dua sama kuat memboros, bershopping sakan membeli-belah setelah gaji masuk. Jika pasangan mempunyai sikap yang sebegini, khuatir hubungan akan sering berantakan kerana kekurangan wang setiap bulan.

Salah seorang perlu menjadi matang dan sentiasa mengingatkan. Seperti calendar reminder atau alarm, pasti ia akan berbunyi pada waktu-waktu tertentu, sama juga seperti si dia. Jika sikap positif ini terdapat dalam diri pasangan anda, pasti aura ini akan memberi kesan kepada anda sendiri yang mampu mengubah hari-hari anda kelak.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen