5 Topik Perbualan Yang Menarik Perhatian Lelaki, Jom Cuba.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki ini jika ingin membuat dirinya berasa selesa kena lah pandai berbual. Tetapi topik perbualan itu kena lah sesuai dengan mereka. Tak akan nak suruh mereka bergosip mengenai artis pula kan. Anda pula kerap risau tiada topik perbualan yang ingin dibawa ketika pertemuan mahupun ketika berbalas mesej dengannya? Jangan risau mungkin anda boleh cuba topik di bawah ini.



1. Hobi.

Berkongsi mengenai hobi antara kalian berdua, tetapi jika topik anda agak tidak bersesuaian dengan dirinya, jangan mengalah terlalu awal. Cuba untuk mendekati diri anda dengan hobi dirinya. Sebagai contoh, ingin mencuba mahupun teringin untuk lakukan tetapi tiada yang boleh ajak teman ke. Masa ini lah untuk saling mengeratkan hubungan.

2. Aktiviti harian.

Anda dan diri boleh cuba untuk saling berkongsi rutin harian dan kejadian-kejadian yang berlaku pada hari tersebut. Tidak kisah lah ia perkara yang kelakar mahupun tidak, cuba untuk bersikap terbuka dan tidak merasa ragu-ragu. Tetapi jangan pula anda mengambil kesempatan terhadap dirinya, sebagai contoh menjadikannya tempat mengadu anda. Jika kalian sudah bercinta tidak mengapa tetapi jika ia masih dalam perkenalan adalah lebih elok elakkan.

3. Filem kegemaran.

Orang lelaki sudah pasti akan suka dengan topik ini. Mana tidaknya pelbagi filem aksi yang mereka tonton, sudah tentu ada yang mereka akan tonton berulang kali. Jika anda tidak mahir mengenai filem aksi ini, sila buat sedikit kajian sebelum menggunakan topik ini sebagai salah satu langkah perbualan. Hal ini untuk mengelakkan anda tersalah cakap nanti.

4. Isu semasa.

Sesetengah lelaki sukakan isu semasa sebagai topik perbualan. Di sini juga mereka ini akan menguji pengetahuan anda mengenai isu semasa. Bagi lelaki seperti ini, mereka sukakan wanita yang bijak serta cergas. Maka jangan takut untuk berbincang mengenai isu politik, ekonomi serta lain-lain lagi. Asalkan anda cukup yakin dengan perkara tersebut. Tetapi ingat, setiap perbincangan yang terlalu serius dan mengikut emosi.


5. Hari untuk berjumpa.

Jika melalui mesej, anda boleh membuka topik seperti aktiviti yang akan dilakukan apabila kalian berjumpa nanti. Sebagai contoh, makan di mana, tonton filem apa serta apa aktiviti yang akan anda lakukan. Cuba memberi pelbagai pilihan yang menarik agar dirinya juga tertarik dengan anda.

Sebagai wanita, jangan terlalu takut atau malu untuk berbual. Cuba untuk tampil lebih yakin ketika berbual baru lah pasangan kita itu lebih semangat dan selesa.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen