Gemar Mengungkit Bakal Meretakkan Hubungan. Antara Perkara Mengungkit Anda Harus Elakkan.

Apabila tidak puas hati pada seseorang, pasti kita suka mengungkit. Segala apa yang terjadi pada kisah lalu, pasti kita akan meluahkan rasa tidak puas hati. Sama ada secara bersua muka atau di sosial media. Jika pasangan yang telah berkahwin, mengungkit di sosial media boleh membuka aib si dia. Jika perkara ini berlarutan khuatir akan berlaku perceraian.

Punca pasangan yang suka mengungkit adalah kerana tidak berkongsi jika ada masalah dan suka memendam perasaan. Hanya tutup mata walaupun jelas kelihatan perkara itu adalah kesalahan si dia. Jika ia tidak dibawa bincang, pasti lama-kelamaan perasaan meletup itu pasti ada.

Apakah perkara mengungkit yang anda harus elakkan?



MENGUNGKIT PENGORBANAN SIAPA YANG PALING BANYAK

1. “Dulu masa bercinta saya yang sanggup kulu kilir semata-mata nak jumpa awak tau”

Perkara ini sering terjadi pada pasangan yang sedang bercinta mahupun yang telah berkahwin. Jika ia diungkit ketika sudah berkahwin, sudah lama memendam perasaan dan merasa tidak berpuas hati. Mengapa ia terjadi? Tak ikhlas bercinta? Tak ikhlas berpasangan? Terpaksa bercinta kerana hanya mengikut trend semasa. Orang sedang bercinta, kita nak ikut. Orang dah kahwin pun kita jeles, memberontak nak kahwin cepat.

2. “Saya yang banyak keluarkan duit, awak fikir saya banyak duit ke?”

Kenapa sehingga mengungkit tentang duit? Jika benar tiada duit yang banyak ketika dating, kenapa tidak berterus terang? Sebagai seorang lelaki, adakah ego selubungi diri anda sehingga malu jika tidak berduit di depan kekasih? Seorang kekasih yang baik, pasti akan menerima anda seadanya. Kerana itu pentingnya komunikasi untuk elak faham.

Bukan dalam bercinta sahaja perlukan komunikasi dua hala, dalam segala hal juga pentingnya komunikasi untuk mengelakkan pergaduhan.



3. “Saya ni sanggup nak jaga awak siang dan malam, masak untuk awak, melawat ke hospital..”

Paling menyedihkan jika pasangan mengungkit untuk menjaga semasa anda sakit. Adakah mereka ini terpaksa menjaga ketika kita sakit secara terpaksa. Terpaksa kerana disuruh oleh ahli keluarga.

“Tengok lah tu, isteri tengah sakit, dia tak balik-balik dari out station”

“Lelaki jenis apa lah yang sanggup tinggalkan isteri…”

Jika terdengar dari mulut kenalan rapat, berbincang sahaja dengan pasangan. Adakah anda tidak boleh diterima oleh orang ramai? Apakah salah anda terhadap keluarga? Jika kita sering berteka-teki, pasti ia tidak akan menghasilkan jawapan.

Di samping itu, jangan berkira siapa paling banyak berkorban dalam keluarga. Suami atau isteri masing-masing punya peranan dan tanggungjawab sendiri. Masing-masing ada bahagian masing-masing dalam berkorban untuk keluarga.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen