Selagi Lelaki Belum Meluahkan Perasaan Untuk Berkahwin Dengan Anda, Berhenti Mengharap!

Jom ikuti perkongsian ini....

"Saya risau nak confess dekat dia. Saya risau kena reject"

Apabila si gadis meluahkan rasa cinta, rasa sayang pada lelaki yang dia suka. Kalau lelaki tu memberi respon yang positif, dia pun ada perasaan yang sama, boleh teruskan usaha hingga ke jinjang pelamin.



Tetapi kalau lelaki tu memberi respon yang sebaliknya, apa kau nak buat? Si dia suruh tunggu dulu. Sampai bila? Suruh berdoa? Tapi si dia ada perasaan ke pada kau?

Bila hati dah terpaut, usahakan. Jangan biarkan terlepas ke tangan orang lain. Berkenalan dan bertaaruf dahulu. Pamerkan kasih sayang.

Kita takkan tahu mana satu pilihan yang terbaik. Sebabnya, Allah lebih mengetahui. Berdoa dan mohonlah petunjuk daripada Allah. Semoga dia yang terbaik. Apabila kau terima dia, yakinlah dengan pilihan yang telah dibuat. Malah, definisi terbaik itu juga perlu jelas.

Berkenaan proses taaruf, salah satu cara untuk tahu pilihan itu kita yakini dan terbaik untuk kita ialah, dia dapat terima segala kekurangan kita dan juga sebaliknya kita kepada dia.

Kadang-kadang kau rasa macam dia suka kat kau. Tapi dia sebenarnya senang berkawan saja dengan kau. Dia hanya anggap kau sebagai kawan saja. Tapi kau dah jatuh hati. Kau nak tunggu dia. Kau jangan cepat perasan. Takut kau yang kecewa.



Jadi, macam mana nak tahu lelaki tu suka dan sayang ke kau? Antaranya :

  • Berusaha untuk mengingati hal peribadi anda walaupun tentang perkara kecil seperti hobi atau makanan kegemaran.
  • Selesa berkongsi apa jua kisah termasuk hal peribadi.
  • Mula mengambil berat dimana sahaja anda berada, risau kalau tak makan atau jatuh sakit.
  • Mencuba untuk buat apa sahaja perkara yang anda suka.
  • Mula add facebook, twitter, wechat dan semua sosial media supaya mudah untuk stalk.
  • Sering mesej dimana sahaja, whatsapp, telegram, facebook messenger, jika tidak seharian seperti kucar-kacir hidupnya.
  • Bersungguh-sungguh untuk jadikan sebagai pasangan yang halal.

Bila dah jodoh dan ditakdirkan bersama. Allah akan gerakkan dua hati. Bukan hati kau sorang saja. Kalau si dia tak tunjuk respon positif jangan la berharap lagi. Berhenti berharap. Mungkin kau bukan jodoh dia.

Kaum lelaki, kalau dah suka tu teruslah masuk meminang. Tak perlu berkawan lama-lama. Kalau kau suka dengan seseorang perempuan, jangan main-mainkan hati dia. Kalau suka cakap suka, kalau tak suka berterus teranglah.

Ini suruh berdoa la, suruh solat hajat la. Padahal kau langsung tak suka dan sayang dia. Sekadar teman tapi mesra.

Kaum perempuan pula, jangan nak cepat perasan sangat lelaki tu suka kau. Jangan cepat menaruh hati dan perasaan. Nanti, kau juga yang merana. Biar jelas semuanya, barulah kau bagi hati kau kat dia. Kah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen