Inginkan Hubungan Bahagia? Fahami 3 Perkara Yang Setiap Pasangan Inginkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Telah menjadi impian setiap orang untuk memiliki satu hubungan yang bahagia. Di mana mereka ini saling memahami dan mengerti. Tetapi itu sahaja tidak cukup dalam hubungan. Hal ini kerana, setiap wanita dan lelaki tidak mempunyai keinginan yang sama. Jika dapat mengerti setiap keinginan pasangan baru lah mudah untuk kita memahami perkara yang pasangan inginkan. Mari ketahui tiga perkara asas yang perlu difahami setiap pasangan.



1. Dalam hubungan.

Lelaki: Dihormati.

Dalam hubungan lelaki lebih mahu dihormati sebagai seorang ketua hubungan atau ketua keluarga. Di mana pasangan mereka ini menghormati setiap keputusan dan tidakan yang dilakukan demi hubungan mereka. Walaupun perbezaan pangkat dalam perkerjaan itu tidak boleh membuat pasangannya hilang hormat pada dirinya. Hal ini kerana, mereka ini agak mementingkan ego dan air muka mereka. Maka pasangan perlu tahu bahawa dirinya ingin dihormati dalam segala hal.

Wanita: Disayangi.

Jika lelaki ingin dihormati, wanita pula ingin disayangi. Di mana mereka ini hanya mahukan perhatian dan belaian kasih sayang dari seseorang yang mencintai dirinya. Bukan hanya itu sahaja, lelaki yang dicintainya itu tidak akan melukakan emosi, fizikal mahupun hatinya. Sebab itu mereka ini mudah manja dan mengalah dalam perhubungan, kerana mereka ini takutkan kelukaan.

2. Ketika Berkomunikasi.

Lelaki: Berkomunikasi ketika melakukan aktiviti bersama-sama.

Biasanya lelaki lebih memlilih untuk berbual ketika melakukan aktiviti bersama pasangan mereka. Tidak pun, mereka ini akan berbual mengenai perkara-perkara yang akan mereka lakukan. Bukan hanya itu sahaja, dalam setiap komunikasi dirinya cuba untuk memahami kedua-duanya.

Wanita: Berkomunikasi melalui perbualan seharian.

Wanita pula lebih kepada perbualan yang membuat dirinya rasa tenang dan tidak perlu untuk berfikir. Sebab itu mereka ini lebih mudah untuk berkomunikasi mengenai rutin-rutin harian. Mereka ini hanya mahukan pasangan yang setia mendengar setiap perkara yang mereka alami.


3. Ketika perbincangan.

Lelaki: perlukan masa untuk berfikir apa yang mereka mahu katakan.

Dalam perbincangan, seorang lelaki lebih banyak berfikir dan menyusun ayat yang sesuai. Dia juga memerlukan masa untuk melihat perkara tersebut dari pelbagi sudut, di mana adakah perkara yang menjadi perbincangan itu bagus untuk hubungannya serta dirinya.

Wanita: Bercakap untuk fahami apa yang mereka mahu.

Baik ketika bercakap mahupun perbincangan, wanita lebih terdedah untuk mengetengahkan emosi mereka. Sebab itu mereka bercakap mengenai perkara yang mereka mahu. Mereka juga berharap apa yang mereka katakana itu dapat difahami oleh pasangan mereka. Barulah hubungan dengannya tidak akan menjadi terlalu sukar baginya.

Ia sebenarnya agak sukar untuk memahami antara satu sama lain dengan lebih tepat dan jelas. Sebab itu lah dalam hubungan ini mempunyai sikap bertolak ansur.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen