Jangan Biarkan 3 Perkara Ini Musnahkan Alam Perkahwinan Anda Kelak.

Siapa sahaja tidak sabar mahu berkahwin, bukan? Sentiasa berada di sisi orang yang kita sayang dan cintai, berkongsi dalam segala hal, makan sama-sama, minum dari gelas yang sama, tolong hantar pergi kerja dan sebagainya. Pasangan yang belum berkahwin dan bakal berkahwin pasti memikirkan hal yang indah-indah sahaja. Oleh kerana itu ramai yang berkahwin dalam masa yang singkat dan berlaku perceraian.

Apabila mindset tentang perkahwinan hanya yang indah belaka, sudah pasti pasangan seperti culture shock dan beranggapan ia amat sukar untuk dihadapi. Kerana mereka menyangkakan perkahwinan hanya perkara yang cantik sahaja. Apabila sudah duduk bersama, pasti banyak perkara tersembunyi bakal didedahkan. Siapa sahaja yang tidak terkejut?



Jadi, kepada mereka yang mahu berkahwin dan baru berkahwin, jangan biarkan 5 perkara ini musnahkan mahligai anda..

1. Game dan group whatsapp.

Semua golongan pasti ketagih dengan gajet sendiri iaitu telefon bimbit. Anda mengetahui sebelum berkahwin si dia memang gemar bermain game dan seumpama dengannya. Game di dalam telefon bimbit bakal membuat seseorang ketagih untuk mencapai target sehingga terlupa mahu uruskan penjagaan diri seperti mandi atau makan.

Jadi, anda fikir setelah berkahwin, anda boleh mengadap main game 24 jam? Dan yang paling penting mute-kan sahaja notification dari group whatsapp yang tidak penting. Pasti setiap kali notification berbunyi, anda mahu melekat sahaja dengan telefon bimbit, bukan? Perkara sebegini amat menjengkelkan sebenarnya.



2. Masak lambat.

Si suami pasti merungut, dah la lapar, si isteri pula masak lambat. Terkial-kial di dapur keseorangan untuk menyediakan juadah makan malam. Daripada anda sebagai lelaki merungut tidak tentu pasal, tolong sahaja isteri di dapur. Jika sebelum pulang kerja anda teringin nak makan sesuatu, tidak salah anda membeli barang basah tersebut dahulu.

Jangan ingat memasak itu adalah peranan seorang isteri sahaja. Amalkan sikap saling bantu membantu antara suami isteri.

3. Baju tidur lusuh.

Khusus untuk seorang wanita. Jangan lah terlalu kerap memakai baju tidur yang lusuh, seluar tidur yang koyak, baju kelawar dengan benang yang sudah tercabut. Memang si suami seperti tidak kisah, tetapi jangan pula suatu hari nanti suami anda mengungkit hal ini dan menyebabkan mereka mahu mencari perempuan yang cantik walau hanya dikamar.

Jaga hati mereka walaupun dengan perkara remeh dan kecil ini, okay!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen