Baca Ini Dahulu Sebelum Anda Ingin Berlaku Curang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecurangan adalah yang sangat ditakuti oleh pasangan suami isteri mahupun pasangan berkasih. Mungkin ia akan kelihatan seperti ujian untuk sesebuah hubungan itu, tetapi sebenarnya ia adalah ujian untuk seseorang yang menjalinkan hubungan sama ada teguh atau tidak mereka ini terhadap janji yang telah dibuat. Maka dengan itu, sebelum kecurangan terjadi pada hubungan kalian, mari ketahui akan empat perkara mengenai kecurangan.



1. Curang itu hanya nafsu.

Tidak pernah anda kecurangan yang berlaku hanya kerana anda cintakan dirinya. Ia berlaku kerana anda tidak mampu mengawal nafsu anda, maka curang itu adalah nafsu semata-mata. Apabila anda berlaku curang, ia hanya mampu memuaskan nafsu anda sahaja tetapi anda tidak akan mampu bahagia melainkan anda berkata dengan jujur terhadap perasaan anda kepada pasangan anda.

2. Jangan sampai menyesal.

Orang kata pilihan yang pertama ini biasanya adalah yang terbaik. Mana tidaknya, yang pertama ini biasanya sanggup sahaja bersusah senang tetapi yang kedua ini muncul di saat anda senang. Jangan kerana perbuatan anda ini telah menyebabkan diri anda kehilangan seseorang yang begitu setia dan taat pada anda.

3. Salah seorang pasti tidak serius dalam hubungan tersebut.

Anda ingin meninggalkan pasangan anda demi orang ketiga itu? Anda pasti dengan keputusan itu? Mereka yang hadir sebagai orang ketiga ini kadang kala bukannya hadir untuk memberi kebahagiaan kepada anda. Tetapi mereka ini hanya menghancurkan hubungan anda, selepas hubungan anda dan pasangan putus maka ia pasti akan menjauhi anda juga.


4. Pembalasan.

Adakah anda tidak takut akan menerima balasan atas perbuatan anda. Anda telah menginaya seseorang yang tidak bersalah. Bagaimana jika dirinya meminta pertolongan daripada Allah s.w.t agar membalas perbuatan anda. Anda kemungkinan akan menerima satu balas yang lebih menyakitkan.

Sebelum membuat keputusan untuk berlaku curang, adalah lebih elok anda menghargai apa yang di hadapan mata anda. Cuba menerima kekurangan pasangan anda. Jangan hanya mencari yang sempuran sahaja.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen