Simpan Duit Sebulan Dapat RM465? Jom Ikuti Cara Mudah Menabung Untuk Yang Bakal Berkahwin.

Perkongsian dari Hafizul hakim ini bakal membuka mata pada pasangan yang bakal berkahwin dan yang mungkin dalam perancangan untuk berkahwin. Ini adalah salah satu cara untuk menyimpan, selain anda mempunyai kaedah lain seperti menyimpan mengikut warna duit kertas.

Ia bukan sahaja untuk simpanan suami isteri seperti modal deposit rumah, dana kecemasan keluarga, dana pendidikan anak-anak, dana umrah/haji malah dapat gunakan sebanyak 30% untuk bercutidan yang lebih simpan.

Cara menabung yang diusulkan oleh encik hafizul ini memang menarik. Bermula hanya dengan RM1 tapi cukup sebulan dapat RM465. Syaratnya tabungan kena ada kerjasama antara pasangan berdua. Kena komited untuk mendapatkan jumlah tersebut, dan kalau nak dapat lebih banyak praktikkan setiap bulan.

Jika dilakukan secara berterusan selama 12 bulan, total tabungan adalah RM5,580. Banyakkan! Boleh buat macam-macam.

Caranya? Ikut langkah yang dikongsi oleh Hafizul ini...

Tips simpan duit cara ekstrim!

Okay ini caranya:

  1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
  2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
  3. Katakan si lelaki pilih nombor ganjil maka si perempuan dapat nombor genap lah. Pada 1hb setiap bulan, si lelaki masukkan RM1 dalam balang dan tanda 'tick' pada kalendar bertarikh 1hb. Esok harinya pada 2hb, si perempuan pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar. 3hb si lelaki masukkan RM3, 4hb si perempuan masukkan RM4, 5hb masukkan si lelaki RM5 dan seterusnya. Begitu, mudah je kan.

Hasilnya...

Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut. Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00

Total jumlah 12 bulan: RM465 x 12 bulan lebih kurang RM5,580.

Oleh itu anda boleh dapat RM5580 setahun. Hanya berdisiplin sahaja yang mampu menguatkan semangat anda untuk menabung. Duit sebanyak ini anda boleh jadikan modal untuk perkahwinan. Jika anda dan pasangan lakukan bersama, anda berdua boleh dapat sebanyak RM11,116 untuk setahun.

Jika anda merasakan jumlah ini sedikit kerana kos perkahwinan yang tinggi, tidak salah anda kahwin mengikut bajet bukan? Yang paling utama adalah kehidupan anda setelah berkahwin kelak. Selamat Mencuba!



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen