Kawal 5 Sikap Ini Jika Tidak Mahu Dirinya Menjauh Dari Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tunjukkan sikap semula jadi itu sememangnya satu perkara yang perlu ada dalam perhubungan, tetapi jika anda sudah berada dalam saat yang genting, di mana usia anda telah semakin meningkat tidak salah sekiranya anda mengawal beberapa sikap anda yang akan membuat dirinya menjauh. Tidak semua perkara anda perlu kawal, hanya terdapat beberapa sahaja. Mari ketahui lebih lanjut.



1. Mahu sentiasa diutamakan.

Tidak salah sekiranya anda mempunyai sikap ini, tetapi jika anda melihat hubungan lalu tidak menjadi kerana sikap anda yang ini, maka cuba untuk kawalnya agar tidak keterlaluan. Jika terlalu keterlaluan ia akan membuat pasangan anda merasa rimas dan mula menjauhi diri anda lagi. Yang mana anda mahukan.

2. Mata duitan.

Semua wanita sememangnya tertarik dengan duit dan kekayaan. Tetapi orang lelaki ini takut jika pasangannya itu sukakan barang yang mewah dan suka membeli belah. Jadi tidak salah sekiranya anda mengawal nafsu anda untuk membeli belah serta memiliki barang yang berjenama. Mana tahu jika anda kawal ia, ia akan berubah pada masa depan.

3. Bergosip.

Anda yakin lelaki akan selesa jika pasangannya ini kaki gosip? Sudah tentu mereka ini akan malas layan karenah anda nanti. Mana tidaknya lelaki ini suka melakukan perkara yang berfaedah manakala anda pula suka membuang masa. Jadi ia tentu tidak kelihatan serasai dengan anda nanti.


4. Mudah emosi.

Wanita sememangnya seorang yang beremosi, tetapi jika berlebihan ia sangat merimasakan. Anda terlalu suka merajuk, serta mudah marah, ia pasti akan membuat lelaki cepat tawar dengan anda. Jadi tidak salah sekiranya anda mengawal emosi anda ini. Apabila sudah berkahwin ini, boleh la anda tunjukkan belang anda.

5. Suka membandingkan.

Inginkan pasangan yang sempurna bukan dengan membandingkan mereka ini dengan orang lain, tetapi menerima diri mereka seadanya. Barulah anda dapat merasai kesempurnaan diri mereka. Jika anda terlalu kerap membandingkan, pasti mereka ini akan kecil hati lalu merasakan diri mereka itu tidak sesuai untuk anda.

Kawal lima sikap ini demi mendapat pasangan pada usia yang tepat. Jika anda tidak mengawalnya jangan tanya mengapa mereka ini semakin menjauhi anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen