“Kalau Sorang Marah-Marah, Sorang Lagi Mesti Kena Cool” Lelaki Kongsi Tips Keharmonian Hubungan Suami Isteri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apa itu perkahwinan? Adakah ia sekadar untuk mencari teman agar di hari tua nanti ada seseorang yang akan setia di sisi kita? Ataupun ia adalah satu ikatan kerana dasar cinta kita terhadap mereka yang kita cintai? Bagaimana kita mahu sebuah perkahwinan yang dibina itu berkekalan dengan baik sehingga ke hari tua? Orang kata kalau nak cari pasangan nanti ia perlu lah berlawanan dari sikap kita tetapi mengapa? Berikutan itu, mari ikuti perkongsian dari saudara Amir Syahir di laman Facebooknya mengenai bagaimana pasangan ingin mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga.



Perkahwinan adalah penyatuan dua hati, dua jiwa yang saling mencintai. Perkahwinan juga melibatkan penyatuan dua keluarga. Berkahwin dengan orang yang dicintai adalah impian setiap insan yang bergelar manusia.

Zaman sekarang ramai yang mendirikan rumah tangga dalam usia yang muda. Kebanyakannya berkahwin dengan pilihan sendiri dan ada juga yang berkahwin atas pilihan keluarga. Itu bukan masalah utama. Apa yang penting suami dan isteri kena bijak memainkan peranan dalam rumah tangga yang dibina.

Untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga, kita kena ada serba sedikit ilmu yang dapat diperoleh sama ada melalui pembacaan, ceramah ataupun pengalaman orang lain.

Saya banyak belajar daripada pengalaman orang lain terutamanya mak abah saya. Saya perasan abah dan mak saya ni kalau sorang marah-marah, sorang lagi mesti cool je. Kalau sorang membebel, sorang akan senyap dan mengangguk je. Bahagia bukan?


***
Sorang tengah marah, sorang kena cool. Dua-dua tak boleh jadi api pada masa yang sama. Sorang kena jadi air, pada masa sorang jadi api (tengah marah). Simple.

Contohnya macam ni:

Si suami keluar melepak bersama kawan-kawan menonton perlawanan bola. Lepas tu balik rumah.

Situasi 1
---------

Isteri: Laaa... balik awak rupanya, ingat nak tidur dekat kedai mamak tu.

Suami: Sayang... walaupun Abang pergi mendaki gunung Everest, mencari tenuk, mendulang emas, membaiki enjin bot sekalipun... Abang tetap akan balik juga dekat rumah kita ni.
Sebab apa? Sebab ada Sayang... tau?

Tak ke tersengih isteri korang nanti? Sejuk je hati. Terus tak jadi marah. Isteri ni nak kan perhatian dan kasih sayang suami je.

Itu contoh. Banyak cara lagi korang boleh buat. Janji tak tengking, tak marah-marah isteri apabila balik rumah. Sifat suka bertanya tu dah memang sifat seorang isteri. Tanda dia ambil berat. Layankan aje.

Nanti korang balas pula bila sampai waktunya. Contohnya, isteri korang sedang membeli belah, berjam-jam lamanya:

Situasi 2
---------

Suami: Awak ada bawa bantal? Membeli belah serupa nak tidur sini je malam ni.

Isteri: Yelaa... Abang cayangggg kejap ehh..nak balik la ni. Nak cari baju anak kejap.

Tapi, kalau marah lawan dengan marah. Jawabnya makin panaslah. Ibarat api bertemu dengan api. Apa akan jadi korang rasa?



Situasi 1(a)
-----------

Isteri: Laaa..balik awak rupanya, ingat nak tidur dekat kedai mamak tu.

Suami: Balik-balik dah memekak. Eyhh!!! Rimas lah! Kalau macam ni baik tak payah balik.

*suasana tegang*

Situasi 2(a)
------------

Suami: Awak ada bawa bantal? Membeli belah serupa nak tidur sini je malam ni.

Isteri: Awak tu berjam-jam lepak dengan member tak pe pulakkkk... teman saya sekejap pun nak membebel. Huhh!

*suasana tegang lagi*

Jadi, sama-samalah kawal bengang atau marah tu. Dua-dua nak marah, habis sapa nak pujuk? Kucing? Anak kunci? Cerek? Apron?

Kalau anak-anak tengok lagilah tak elok. Nanti bila besar diorang buat macam tu pulak. Anak-anak ni selalu belajar melalui peniruan dan pemerhatian tingkah laku orang sekeliling dia.

***
Dalam rumah tangga mesti ada sifat tolak ansur. Kalau isteri atau suami buat salah, tegurlah dengan cara yang baik. Jangan nak marah-marah je terus. Manusia kan tidak ada yang sempurna. Sebab tu lah indahnya ikatan perkahwinan ni kerana ia saling melengkapi.

Pada yang belum berkahwin tu, carilah ilmu rumah tangga sedikit demi sedikit. Buat yang baru berkahwin, semoga rumah tangga yang dibina bahagia hingga ke Jannah.

Buat yang sudah lama mendirikan rumah tangga tu, kongsi la sikit tips kebahagiaan rumah tangga korang. Boleh la anak-anak muda jadikan panduan agar rumah tangga lebih harmoni. Kah!

Bukan mudah untuk mengekalkan satu hubungan perkahwinan ini jika masing-masing tidak mahu mengalah dan besar kepala. Maka salah satu yang terlibat dalam hubungan itu perlu rela berkorban sedikit, baru lah dapat merasai kebahagiaan.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen