Nak Kahwin, Tapi Tak Tahu Macam Mana Nak Buat Simpanan? Jom Ikuti Kaedah Mudah Ini.

Umur semakin meningkat tetapi belum ada simpanan untuk berkahwin. Ibu bapa bising kerana duit habis untuk kegunaan dan keseronokan sendiri sahaja. Jika sudah ada niat untuk berkahwin, tidak terlambat untuk memulakan simpanan. Asalkan disiplin dan jangan berbelanja mengikut nafsu. Jika boleh ikat perut, lakukan jika mampu, tetapi jangan sampai memudaratkan diri pula.

Jom ikuti kaedah mudah ini..

1. Analisa kewangan peribadi.

Semua daripada kita pasti sudah belajar asas akaun bukan? Jadi, analis kembali perbelanjaan anda pada bulan lepas. Lihat dimana anda sentiasa menghabiskan wang dan kebocoran yang berlaku. Jika duduk dirumah sewa, lihat kos sara hidup dan belanja makan bulanan.

Cara mudah untuk berjimat ketika makan adalah masak. Telur pun boleh tahan seminggu. Cuba untuk belanja makan sehari RM10. Disamping berjimat, anda juga boleh start ber-diet.



2. Belajar hidup berdikari.

Mula lah basuh baju dengan kudrat sendiri, jangan manja sangat setiap minggu pergi ke dobi. Sekali cucian campur untuk keringkan pakaian RM10, wang itu anda boleh simpan sepatutnya. Dan elakkan minum kopi rm10 sehari. Bancuh kopi sendiri, beli sahaja serbuk kopi yang boleh tahan selama sebulan.

3. Buat perbandingan.

Bezakan antara KEMAHUAN dan KEPERLUAN. Terutamanya wanita, galak sangat membeli barang mekap, padahal gincu dirumah sudah banyak. Ia hanya nafsu semata-mata. Kemudian, pentingnya membuat perbandingan harga dengan jenama yang lain. Jenama yang tidak terkenal dan murah, tidak semestinya tidak bagus. Ubah!

4. Jangan berhutang yang tidak perlu.

Elak kad kredit! Elak membeli telefon bimbit secara ansuran! Tutup mata jika terlihat member sebelah membeli telefon bimbit baru okay!



5. Kurangkan makan di luar.

Kurangkan makan di luar rumah dengan memasak. Elakkan membeli makanan di restoran yang mahal. Sila tahan nafsu melihat makanan mahal dan sedap di shopping mall. Beli barangan basah untuk seminggu seperti ayam, ikan, dan sayur-sayuran. Disamping itu, boleh tambah skill memasak untuk memikat hati suami dan ibu mertua kelak.

6. Hidup di bawah kemampuan.

Jangan terlalu terpengaruh dengan rakan-rakan di sosial media untuk hidup mewah. Yang penting cari kawan yang sama-sama untuk menyimpan duit dan berjimat. Jika berkawan dengan golongan yang hanya mencari keseronokan sahaja, memang sampai bila tak boleh nak menyimpan.

Selamat Mencuba.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen