“Eh, Muka Korang Samalah, Mesti Jodoh Korang Kuat” Wajah Seiras Tanda Jodoh?

Sering kita mendengar perbualan sebegini. Jika memiliki wajah seiras dengan seseorang pasti dikatakan mempunyai daya tarikan yang kuat dan paling tepat adalah tanda jodoh. Adakah apabila kita memiliki wajah yang hampir sama dengan rakan yang berlainan jantina, ia menunjukkan si dia adalah jodoh kita?



Tetapi pernah kah anda mendengar, wajah anda seiras dengan sahabat baik anda? Sering pula orang luar mengatakan wajah anda berdua seiras seperti adik-beradik, walhal anda berdua cuma sahabat baik yang berkenalan daripada kecil. Itu juga tandanya jodoh anda dengan sahabat baik yang sangat kuat.

MENURUT SAINTIFIK.

APABILA MELIHAT SITUASI BEGINI MENURUT SAINTIFIK, KITA SECARA LAHIRIAHNYA ATAU AUTOMATIK LEBIH CENDERUNG UNTUK TERTARIK PADA SESEORANG YANG MIRIP DENGAN KITA SENDIRI.

Bukan setakat wajah yang seiras malah sikap juga menjadi punca utama kita mudah menjadi rapat dengan seseorang. Secara dasarnya ia berlaku kerana kita mahu sesuatu yang tidak asing dalam hidup kita. Ia sudah menjadi kebiasaan.

Perkara ini juga membuat anak perempuan lebih cenderung untuk memilih pasangan yang mirip dengan ayahnya juga. Oleh kerana itu, secara tidak langsung mereka memilih pasangan yang seakan-akan seperti mereka. Ia juga boleh dipanggil secara refleksi.

Apabila mempunyai persamaan dari segi wajah atau sikap, perkara sebegini membuatkan kita berasa tenang dan nyaman. Bak kata orang, serabut sahaja jika memiliki pasangan perangai yang tidak sama, pendapat yang berbeza, arah tuju hidup juga tidak pernah mencapai persetujuan.

OLEH DISEBABKAN ITU, SECARA TIDAK SEDAR KITA SEBENARNYA MEMILIH PASANGAN YANG SEJAJAR DALAM SEGALA HAL TIDAK KIRA SAMA ADA SECARA FIZIKAL ATAU MENTAL.

OLEH SEBAB UNTUK KESERASIAN DENGAN AHLI KELUARGA.

Ini menunjukkan bahawa kita mencari pasangan yang sesuai dengan keluarga kita sendiri. Bukan sahaja kita yang berasa tenang dengan pasangan, malah ibu bapa juga turut merasa senang dengan si dia.

MENURUT ISLAM PULA.

Namun tiada pula dalil atau ayat Al-Qur’an yang sahih menceritakan tanda-tanda jodoh adalah dengan memiliki wajah yang seiras. Tetapi Allah SWT pernah berfirman;

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik….”(An-Nur: 26)

Dan juga…

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya….” (Ar-Rum: 21)

Menurut ayat di atas, ia sudah diperjelaskan jodoh itu membawa ketenteraman pada anda sendiri. Refleksi pada jodoh juga ketika anda memperbaiki sikap anda, jodoh anda juga seperti itu juga. Ini lah dinamakan jodoh cerminan diri. Lihatlah diri kita pada cermin, begitu juga lah bakal jodoh kita nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen