Ini Kelebihan Memanggil “Sayang” Kepada Kekasih Hati Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam sebuah hubungan, baik percintaan atau telah berkahwin terdapat panggilan sayang yang biasanya didengari untuk memanggil pasangannya. Ia telah menjadi satu kebiasaan untuk memanggil pasangan mereka dengan nama yang manja seperti ini, ia juga dikatakan sebagai sabagai satu tanda untuk mengeratkan hubungan.



Kata-kata ini dikatakan satu perkara yang sangat positif sehingga ia mampu membawa kepada perubahan tingkah laku serta keputusan kepada seseorang. Ia juga sebenarnya membuat seseorang lebih tenang dan muncul perasaan yang positif terhadap seseorang yang dipanggil itu.

Penggunaan nama samaran yang manja ini mungkin akan kelihatan sedikit kelakar tetapi ia memberi perkembangan yang baik dalam hubungan. Malah kaedah ini juga merupakan tanda baik hubungan yang dimiliki seseorang. Bukan itu sahaja, panggilan ini juga dikatan panggilan yang sihat.

Nama samaran ini juga dikatakan mengikut keselesaan pasangan. Ada pasangan lebih selesa jika dipanggil sayang, abang satu ayang. Tetapi anda juga yang akan memanggil pasangan mereka dengan nama samaran seperti baby, bie, mahupun anje. Semuanya bergantung kepada keselesaan masing-masing.


Biasanya pada awal hubungan, panggil lebih tertumpu kepada gelaran yang menggoda mahupun kelakar tetapi selepas menjalinkan hubungan yang lama atau sudah berkahwin. Panggilan akan menjadi lebih peribadi kepada pasangan tersebut.

Panggilan seperti ini akan adalah salah satu cara yang berkesan untuk menambah rasa cinta dalam satu komunikasi harian. Panggilan nama manja yang semakin unik dan manja akan memberikan satu komunikasi yang lebih mudah berbanding nama panggilan yang biasa.

Penggunaan panggilan seperti ini akan membuat setiap pasangan akan merasa lebih dekat antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, ia juga mampu memperkuatkan hubungan pasangan tersebut. Jika kurangnya memanggil kata sayang ini ia seolah-olah membuat hubungan menjauh. Panggilan itu digunakan sebagai peringatan tentang kedekatan dan kepentingan hubungan yang mereka ada. Ini boleh menyebabkan perasaan yang ingin sentiasa bersama untuk melindungi dan mencintai antara satu sama lain.

Oleh itu untuk menjadikan hubungan yang lebih sihat, romantik dan menyeronokkan, anda perlu membuat panggilan sayang serta manja kepada pasangan anda. Sudah tentu tindakan anda juga membuktikan bahawa anda benar-benar mencintai pasangan anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen