Wahai Wanita, Segerakan Niat Untuk Berkahwin, Jangan Lengahkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci di mana semua orang yang bercinta inginkan. Perkahwinan ini akan memberi satu kehidupan baru serta kebahagiaan. Jadi perkahwinan ini adalah satu perkara yang perlu dipercepatkan sekiranya jika seseorang itu sudah mempunyai calon pasangan yang sesuai. Buat wanita, jangan cuba untuk melambatkan niat anda untuk berkahwin, tetapi segera lah berkahwin sekiranya sudah mempunyai calon. Mengapa wanita tidak digalakkan untuk berkahwin lambat? Mari ketahuinya.



1. Wanita akan lebih cepat kelihatan tua.

Anda sebagai seorang wanita pasti tahu bahawa wanita ini lebih cepat kelihatan tua berbanding lelaki bukan? Bukan itu sahaja, wanita juga mempunyai jangka waktu yang mebuat dirinya putus haid iaitu menopause. Apabila seorang wanita sudah menopause, mereka ii tidak mampu untuk mengandung lagi. Maka anda perlu segera untuk berkahwin agar hari tua nanti anda mempunyai teman.

2. Perlu mempunyai tenaga untuk melakukan tanggungjawab mendidik anak-anak.

Apabila anda berkahwin nanti sudah pasti anda akan mempunyai anak, maka ketika itu anda perlu banyak tenaga untuk mengasuh dan mendidik mereka. Bukan itu sahaja, anda juga perlu waktu untuk merasa lebih bahagia bersama pasangan anda yang telah halal. Jika anda kahwin agak lambat, anda pasti akan terburu-buru ingin memiliki anak. Jadi, tiada masa untuk berdua.


3. Anda akan melihat anak anda membesar.

Impian setiap ibu bapa sudah pasti ingin melihat anak yang mereka jaga ketika kecil ini mengecapai kebahagiaan pada usia yang tepat. Anda sebagai ibu sudah pasti ingin melihat anak anda pergi melanjutkan pelajaran serta mendirikan rumah tangga. dan yang paling seronok melihat cucu-cucu anda membesar. Sudah pasti anda ingin melihat semua itu bukan?

4. Menhindari fitnah.

Seorang wanita lebih mudah untuk didekati dengan fitnah oleh orang sekelilingnya. Apa lagi jika anda sudah bercinta terlalu lama, pasti orang disekeliling akan mula bercakap mengenai anda. Anda juga mungkin akan dipandang serong oleh orang sekeliling anda.Jadi untuk menghindari perkara-perkara seperti ini, anda harus segera untuk berkahwin.

Yang pasti wanita perlu segera untuk berkahwin kerana banyak manfaat yang akan anda perolehi. Mana tidaknya, seorang wanita ini mudah untuk masuk ke syurga apabila ia mentaati suaminya dan mengikuti perintah agamanya.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen