“Lelaki Sekarang Nak Perempuan Cantik Je…” Adakah Lelaki Memandang Kecantikan Wanita Semata-Mata? Jom Baca.

Masih wujudkah lelaki yang tidak memandang kecantikan wanita sahaja? Walaubagaimana pun, majoriti wanita mengatakan lelaki sememangnya memilih kecantikan luaran seorang wanita sahaja. Memang lumrah lelaki akan memilih wanita yang cantik untuk menjadi ibu kepada anak-anak mereka. Tidak dapat disangkal lagi.

Tetapi sebagai wanita, anda juga haruslah menjaga penampilan. Bukan untuk mengubah gaya diri yang keterlaluan sehingga bermekap tebal dan memakai baju seksi. Ada sahaja mereka yang menutup aurat masih ayu dan dipandang manis oleh semua orang. Cantik itu terlalu subjektif. Jika kecantikan seorang wanita itu sesuai pada lelaki tersebut, sudah tentu mereka akan pilih wanita itu.



Jom lihat selain daripada kecantikan, lelaki sebenarnya mencari…

1. Wanita yang memiliki tujuan hidup yang sama dan sesuai dengan minat mereka.

Perkahwinan perlulah dipersetujui oleh dua pihak terutamanya si lelaki dan kekasihnya. Jika wanita itu seperti main tarik tali dan tidak tetap dengan hatinya, bagaimana untuk berkahwin bersama. Kadang-kala bukan lelaki sahaja yang main tarik tali tentang perasaan, wanita juga sama sahaja. Jangan persalahkan lelaki seratus peratus di dalam hal sebegini.

Lelaki sudah bersedia, tetapi wanita seperti ragu-ragu.

2. Wanita yang sederhana dan menerima mereka seadanya.

Oleh kerana pemikiran lelaki ini simple dan mereka tidak suka serabut, pemilihan wanita juga harus lah simple dan sederhana. Asalkan sedap mata memandang, cantik dimatanya malah dimata ahli keluarganya juga. Itu juga sudah cukup memadai. Lelaki juga mengharapkan wanita yang dapat menerima mereka seadanya.



3. Wanita yang dapat menerima ahli keluarganya terutama ibu.

Sebagai anak lelaki, apa yang mereka harapkan adalah seorang kekasih yang dapat menerima ibu mereka yang telah lanjut usia. Apa yang dapat dilihat sekarang, mereka seperti tidak dapat menerima ibu lelaki tersebut sekiranya bersuara lantang atau kadang-kala menyakitkan hati. Malah ada juga tidak selesa jika ibu lelaki itu tidak seperti yang mereka jangkakan. Mungkin dari sudut penampilan.

4. Wanita yang tidak jual mahal, tetapi tidak pula mudah di dekati.

Sudah tentu lelaki mahukan wanita yang pandai menjaga kehormatan diri, tidak bergaul bebas dengan kenalan lelaki, tidak keluar malam tanpa arah tujuan, dan tidak sombong. Sebagai seorang wanita pasti sukar untuk melakukan perkara ini kerana apabila wanita sudah mula sayang, dia sanggup sahaja lakukan demi cinta. Jika lelaki tersebut tidak kuat imannya, pasti akan berlaku perkara yang tidak diingini.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen