Usia Muda Bukan Penghalang Untuk Berkahwin, Tetapi Lihat Dulu 4 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi impian setiap orang untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang muda. Mana tidaknya pada usia yang muda ini masih lagi aktif dan mudah bergerak jadi ia mudah untuk menguruskan rumah tangga. Namun begitu, ramai pihak yang menyatakan bahawa berkahwin pada usia muda ini banyak dugaannya. Sebab itu lah sebelum membuat keputusan untuk berkahwin di usia muda, anda perlu telitikan empat perkara ini. Mari ketahuinya.



1. Persiapan mental.

Berkawin ini bukan lah satu perkara yang mudah, kerana apabila anda berkahwin, anda akan berurusan dengan orang yang mempunyai pemikiran berbeza dari anda. Selain itu terdapat banyak masalah yang akan timbul tanpa anda jangka. Oleh itu, sebelum anda memutuskan untuk berkahwin pada usia yang masih muda, pastikan terlebih dahulu kekuatan mental anda cukup kuat jika terdapat banyak badai yang melanda perkahwinan anda.

2. Cuba untuk menjadi seorang yang matang.

Memutuskan untuk berkahwin bukan satu tanda bahawa anda seorang dewasa, mungkin anda masih tidak stabil dalam menghadapi pelbagai masalah. Untuk itu, jika anda dan pasangan anda benar-benar ingin berkahwin pada usia muda, maka cuba mengubah fikiran dan tindakan anda untuk menjadi lebih matang, atau bijak.

Orang yang dewasa pasti akan tahu bagaimana menyelesaikan setiap masalah yang mereka hadapi, bahkan tidak meninggalkan masalah tanpa mencari penyelesaian. Dengan cara itu, pada perkahwinan anda nanti, walaupun terdapat masalah, anda dan pasangan anda akan dapat mencari penyelesaian terbaik untuk anda sehingga perkahwinan anda akan tahan lama dan mengekalkan keharmonian.

3. Bersedia untuk komitmen.

Bukan sahaja untuk bercinta, perkahwinan juga memerlukan komitmen yang kuat di dalamnya. Kerana cinta boleh saja hilang saat waktu berjalannya, namun jika kamu dan pasangan mempunyai komitmen yang kuat, kalian pasti akan tetap boleh bersama walaupun masalah menjadi penghalang perkahwinan kalian. Jangan hanya pandai berjanji sebelum berkahwin sahaja, apabila sudah kahwin nanti semua perkara dilupakan.


4. Fikirkan mengenai pendidikan anda.

Setiap kali apabila kita putuskan untuk berkahwin muda pasti ada perkara yang perlu dikorbankan, sebagai contoh pendidikan. Ramai yang berhenti melanjutkan pelajaran selepas berkahwin. Pada usia ini anda harus mempunyai pelajaran bagi menjamin masa depan anda. Maka dengan itu, anda perlukan pasangan yang menyokong anda untuk melanjutkan pelajaran.

Berkahwin pada usia muda bukan lah satu perkara yang teruk, tetapi anda harus memikirkan pelbagai perkara untuk satu jangka masa. Jangan anda berkahwin pada usia muda ini hanya mengikut nafsu anda sahaja, kerana ia akan merugikan anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen