Mengapa Seorang Wanita Itu Masih Setia Walaupun Disakiti?

Oleh: Zuzu Yasmine

Banyak kisah yang keluar di media sosial di mana ada di antara pasangan yang masih lagi setia dengan suami atau isterinya walaupun dirinya kerap kali di sakiti. Sebagai contoh, kemunculan orang ketiga dalam hubungan pasti akan melukakan hati sesiapa sahaja, namun begitu sikap pasangan yang masih lagi mempertahankan hubungannya itu amat dipandang tinggi walaupun ia akan melukakan. Tetapi, mengapa mereka ini sanggup bertahan walaupun telah banyak kali dilukakan. Mari ketahuinya.



1. Dia orang penting dalam hidupnya.

Perasaan ini akan timbul apabila anda mula rasa takut untuk kehilangan seseorang. Anda juga akan mempunyi rasa takut untuk hidup bersendirian ataupun tidak ada pasangan yang ingin bersama dengan anda. Sebab itulah anda menganggap dirinya itu penting dalam hidup anda walaupun dirinya telah melukakan anda.

2. Anda percaya dirinya sayang akan anda.

Walaupun sering dilukakan olehnya, anda tetap percaya bahawa dirinya masih lagi sayangkan anda. bagi anda, setiap perbuatan itu tidak disengajakan. Jika dirinya benar-benar sayangkan anda sudah pasti dia tidak sanggup untuk melukakan hati anda.

3. Anda percaya dirinya akan berubah.

Setiap kali menerima kekecewaan dan kesakitan, anda akan memikirkan sesuatu yang positif iaitu dirinya akan berubah satu hari nanti. Bukan itu sahaja, anda akan percaya segala janji-janji manisnya bahawa dirinya akan berubah ke arah kebaikan demi anda. Sayangnya tidak semua orang akan begitu mudah untuk berubah.


4. Malu dengan orang sekeliling.

Anda dan dirinya telah menjalinkan hubungan cinta bertahun-tahun, dan orang disekeliling anda sudah tahu mengenai hubungan anda dengannya. Maka anda tidak mahu menjadi buah mulut orang, sebab itu anda mampu bertahan dengan sikapnya. Jangan terlalu memikirkan apa yang bakal orang katakana sehingga akhirnya melukakan diri anda.

5. Merasa bersalah.

Walaupun pasanganya berlaku curang terhadapnya, tetapi anda lebih merasa bersalah terhadap dirinya. Mana tidaknya, anda akan merasakan bahawa pasangan anda  melakukan sebegitu kerana anda banyak kekurangan di dalam perhubungan itu. Dan anda juga tidak mampu memberikan kebahagiaan yang lebih baik berbanding dengan orang ketiga itu.

Jangan terlalu berharap akan sesuatu perubahan dari orang yang telah melukakan anda. Adalah sebaiknya jika anda yang berubah untuk mencari kebahagiaan yang lebih baik. Berfikir akan satu perkara yang lain jangan hanya fikirkan akan hubungan anda sahaja.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen