Untuk Menjadi Pasangan Yang Berjaya, Anda Perlukan 9 Kualiti Ini.

Oleh: Rafi

Pasangan yang berjaya pasti mengharungi pelbagai halangan sepanjang perhubungan mereka. Ini 9 kualiti yang didapati pada pasangan yang berjaya dengan perhubungan mereka.



1. Mereka tidak takut untuk bergaduh.

Pasangan mana yang tidak akan bergaduh? Pasangan yang berjaya tidak takut untuk bergaduh. Ini kerana mereka tahu apa yang tidak diketahui orang lain. Pertengkaran akan mendedahkan apa yang disalah fahami oleh hati, dan komen-komen yang menyindir. Sebarang perasaan yang terselindung akan terdedah keluar dan diketahui oleh pasangan. Apabila sekali ia terlepas keluar, hanya satu jalan penyelesaian, teruskan ke hadapan. Tanpa disedari, masalah kecil akan berlalu begitu sahaja.

2. Mereka meminta maaf dan akan berbaik semula dengan cepat.

Walaupaun pasangan ini tidak jika berlaku pergaduhan, namun mereka cepat berbaik semula. Tiada rasa dendam mahupun tidak puas hati. Memohon maaf adalah sangat penting untuk mengekalkan rasa hormat, empati, menyelesaikan masalah, malahan mereka MENDENGAR antara satu sama lain.



3. Mereka tidak membuat perbandingan antara satu sama lain.

Pasangan yang berjaya tidak akan membandingkan perhubungan mereka dengan perhubungan orang lain. Kebahagian dan kejayaan mereka hanya diukur melalui pendapat mereka, dan tidak bergantung dengan cara perhubungan orang lain.

4. Mereka bercakap perkara yang betul.

Sementara menyimpan perasaan orang lain dalam kepala, pasangan ini tidak takut untuk bercakap jujur dan berterus-terang dengan orang lain. Mereka telah bersetuju untuk berkongsi keperluan dan kehendak mereka tanpa ada rasa mahu mempertahankan kehendak mereka. Ini tidak bermaksud mereka akan berkongsi segalanya dengan detail setiap satu. Tapi mereka cuma rasa selesa berkongsi apa sahaja yang mereka perlu.

5. Mereka menjaga diri sendiri dan antara satu sama lain.

Pasangan yang berjaya tahu bahawa, untuk menjaga pasangan mereka perlu menjaga diri sendiri juga. Mereka tidak akan membiarkan emosi menguasai diri dan menghancurkan perhubungan. Sebaliknya mereka menjaga kesihatan sebaiknya untuk pasangan.



6. Mereka tidak membiarkan perkara yang lepas mengganggu perhubungan dengan pasangan.

Pasangan yang berjaya mungkin tahu kisah lampau dan pengalaman silam pasangan masing-masing, tetapi mereka tidak menggunakannya untuk melawan antara satu sama lain. Mereka menghormati sejarah silam pasangan. Mungkin sejarah itulah yang membentuk peribadi pasangannya hari ini.

7. Mereka mengambil masa untuk rehat.

Apabila kelihatannya pasangan memerlukan masa untuk bersendirian, mereka tiada masalah untuk itu. Sudah tentu sangat bagus untuk sentiasa bersama, tetapi adalah tidak sihat juga apabila sentisa bersama setiap waktu 24jam sehari, 7 hari seminggu. Dalam kata lain, pasangan yang berjaya kemungkinan terdiri dari seorang Introvert dan seorang Extrovert. Jadi pasangan itu akan memahami personaliti pasangannya, dimana ada perkara yang kurang digemari oleh pasangan. Mereka bertolak ansur antara satu sama lain.

8. Mereka tidak memalukan antara satu sama lain.

Pasangan yang berjaya selalunya menerima sebarang pertolongan dengan tanpa rasa malu, apabila mereka saling menawarkngan pertolongan. Jika salah seorang mengemaskan katil tanpa pedulikan hiasannya, anda masih lagi ok dengan itu. Tiada rasa malu apabila ditolong!



9. Mereka berbicara menggunakan bahasa cinta antara satu sama lain.

Bahasa cinta sebenarnya masih lagi bukan menjadi budaya yang terkenal, tetapi pasangan yang cemerlang mengamalkannya.
Secara ringkasnya, ada 5 jenis bahasa cinta menurut Gary Chapman:

a. Kata penegasan.
Pujian -- anda sangat pintar, kamu kelihatan cantik.

b. Perkhidmatan.
Kerja harian -- tolong membuang sampah, menjemput pasangan pulang di airport.

c. Menerima hadiah.
Hadiah -- membeli pasangan rantai leher, membelikan baju baru untuk pasangan.

d. Masa yang berkualiti.
Temujanji waktu malam --masa untuk diluangkan bersama.

e. Sentuhan fizikal.
Pelukan!! Memegang tangan!!

Sememangnya kebanyakan orang suka dengan 5 bahasa ini, tetapi kita cenderung untuk melakukan salah satu atau dua saja. Pasangan yang berjaya dan cemerlang mengetahui dan memahami bahasa cinta pasangannya, dan mereka berusaha untuk menghargainya. Amatlah penting untuk pasangan memahami bahasa cinta masing-masing dan cuba memberi respon sebaiknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen