5 Fakta Menarik Mengenai Wanita Bersifat Cool Ini. Mari Ketahuinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bersifat cool? Adakah mereka ini tidak mempunyai perasaan atau lebih bersahaja? Mereka ini dikatakan mempunyai keistimewan yang menarik. Apa yang menariknya? Gaya mereka yang bersahaja dan cool ini membuat ramai lelaki menyukai mereka. Betul ke? Mari ketahuinya.



1. Lebih setia.

Mereka ini dikatan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan mereka. Mengapa mereka memilih? Sudah pasti kerana takut dilukai. Tetapi jika anda menjadi piliahnnya sudah pasti akan merasa bahagia, kerana dia akan setia pada anda seorang sahaja. Bukan hanya itu sahaja, dirinya akan menjadikan anda tempat bermanja dan bergurau senda.

2. Lebih dingin.

Ini adalah kelebihan wanita yang bersifat cool. Di luarannya dia kemungkinan kelihatan sedikit dingin dan tenang tetapi apabila anda mengenalinya, ia adalah seorang yang sangat manja. Jadi sikap dinginnya itu adalah sikap manja yang tersembunyi. Ramai yang tidak tahu akan perkara ini.

3. Berfikiran lebih terbuka.

Wanita yang mempunyai keperibadian sebegini biasanya adalah mereka yang berfikiran terbuka. Mereka ini lebih mudah dibawa berbincang dan kurang untuk berlaku perdebatan yang sia-sia. Mereka akan mendengar dahulu sebelum membuat kesimpulan yang tersendiri. Mereka adalah pasanga terbaik.


4. Memahami ruang peribadi anda.

Mengawal atau mengongkong pasangan bukan lah cara mereka. Mereka ini dikatakan lebih memahami akan ruang peribadi yang diperlukan oleh seseorang. Mereka tahu bahawa setiap orang memerlukan kebebasan dan pasangannya juga perlukan perkara tersebut. Dia juga tidak mahu pasangannya mudah berasa rimas dengannya.

5. Lebih memerhati.

Apa yang paling menarik mengenai mereka ini ialah mereka lebih suka memerhati keadaan sekeliling mereka. Setiap perkara yang baik akan disimpan, manakala yang buruk akan dibuang. Jadi ia lebih mudah untuk bercakap dengannya akan sesuatu perkara yang serius kerana tidak perlu kendalikan sikapnya yang mudah cemburu.

Sangat beruntung jika memiliki mereka ini sabagai pasangan. Mana tidaknya sikapnya yang terlalu cool itu akan membuatkan anda mudah berasa selesa.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen