Sebagai Bakal Ketua Keluarga, Lelaki Yang Sepatutnya Berusaha Lebih Untuk Menghalalkan Hubungan.

Selain perkenalan yang singkat di antara pasangan bercinta ke jinjang pelamin, ada juga sebahagian daripada mereka mengambil masa yang lamu untuk bernikah. Suka sama suka. Saling menyayangi malah amat mencintai antara satu sama lain.



Perkenalan yang terlalu lama seperti 3 hingga 5 tahun ini sehinggakan ahli keluarga juga amat mengenali pasangan dan sering tertanya-tanya bilakah anda berdua mahu ke tahap yang seterusnya. Keluar dating juga kerap, kemana sahaja kulu kilir bersama. Ibu bapa dirumah risau jika anda berdua ditabur fitnah. Tetapi anak muda zaman sekarang, mana mahu mendengar kata-kata ibu bapa.

Anda sebagai lelaki, jika sudah nampak gadis itu juga amat menyayangi anda cepat-cepat buat keputusan untuk berkahwin, jangan buang masa bercinta terlalu lama, akhirnya entah jadi atau tidak. Tetapkan niat untuk berkahwin, jangan ingat bercinta untuk seronok sahaja.

Jangan lah disebabkan mahu majlis perkahwinan yang mewah, anda dan pasangan sanggup menangguh perkahwinan terlalu lama. Rugi bercinta lama-lama. Berhenti memberi alasan duit tiada, susah nak cari kerja part-time. Jika beribu alasan yang diberikan, ternganga mulut melihat teman wanita sendiri diambil orang.



Kemudian salahkan perempuan…

“Tulaa perempuan zaman sekarang nak lelaki yang berduit je….”

“Perempuan sekarang mana ada yang nak susah bersama…”

Jika anda juga memberi beribu alasan dan mengelak untuk berbincang tentang perkahwinan selama bertahun-tahun, anda ingat teman wanita anda ada masa untuk pening kepala? (Okay, gurau).

Apa yang anda mahu cakap adalah “Ada jodoh, kita kahwin okay”

Sudah lama menjalinkan hubungan, tiba-tiba anda mengatakan sebegitu pada teman wanita. Sabar wanita juga ada hadnya. Kesetiaan wanita juga perlu berpada-pada. Jika terlalu lama berkawan dan bercinta, kemudian anda beritahu mereka, ‘kalau ada jodoh, kita kahwin’, mereka tidak akan teragak-agak untuk mencari lain. Jangan salahkan perempuan seratus peratus dalam hal sebegini.



Jika benar anda serius mahu berkahwin,

Kurangkan dating…

Kurangkan berbelanja pada perkara yang tidak sepatutnya…

Kalau keluar makan, tidak usah pergi ke café hipster setiap hari atau restoran mahal…

Jika anda merokok, kurangkan lah merokok dan mula simpan duit untuk berkahwin…

Itu yang dinamakan usaha untuk berkahwin. Apa yang anda lakukan duduk sebelah teman wanita, bincang hal kahwin sambil hembus asap rokok. Kesihatan sendiri tidak terjaga, kesihatan teman wanita juga tidak dititik beratkan, bagaimana untuk melahirkan zuriat dan generasi akan datang yang sihat walafiat? Malah duit juga melayang…

Oleh itu, sekiranya anda sedang berkenalan dengan seseorang, jangan lah lengahkan masa. Masa berlalu semakin cepat, dunia ini hanya sementara untuk terlalu kejar pada keseronokan. Cukup-cukuplah.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen