Anda Dan Pasangan Sibuk? Tiada Masa Untuk Bersama? Cuba Lakukan 5 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagaimana satu hubungan ingin bertahan sekiranya masing-masing terlalu sibuk dengan rutin harian. Kesibukan harian anda hanya akan mengeruhkan hubungan yang anda bina, ia boleh menyebabkan kehadiran orang ketiga dalam hubungan anda. Tidak kira lah bertapa sibuknya anda, cuba untuk mencari masa untuk diluangkan kepada pasangan anda. Mungkin anda boleh cuba akan lima perkara ini.



1. Selaraskan jadual kalian.

Susun dan atur jadual anda dengan baik adalah langkah yang terbaik. Cuba pastikan setiap hari yang sibuk itu, masih lagi memberi anda ruang dan masa untuk anda bersama-sama pasangan anda. Jika kesibukan yang melampau pada hari biasa, sediakan cuti yang sedikit panjang agar anda dan pasangan boleh pergi bercuti.

2. Dating jangka masa pendek.

Jika anda dan pasangan anda tidak mempunyai hari penuh untuk makan bersama, menonton filem di pawagam, dan melepak di kafe, itu tidak ada masalah. Anda masih boleh menghabiskan masa bersama pasangan dengan melalui dating jangka masa pendek. Sebagai contoh, pergi dan pulang kerja bersama-sama.

3. Gunakan teknologi.

Jadual yang padat tidak akan menghalang anda untuk tidak melihat pasangan anda. Apa kata anda gunakan teknologi di tangan anda itu untuk menghubunginya. Lakukan video call agar kalian mampu melihat antara satu sama lain.


4. Tentukan masa bersama.

Anda rasa anda tidak ada masa untuk bersamanya pada hari biasa? Tetapi anda pasti mempunyai masa makan bukan? Jadi atur untuk anda dan dirinya mempunyai masa makan setiap hari walaupun dalam masa yang singkat.

5. Hargai masa bersama.

Kerana sukar untuk mempunyai masa untuk bersendirian, maka apabila anda mempunyai peluang bersama dengannya, matikan segala perkara yang mengganggu diri anda. Cuba berikan tumpuan yang penuh pada hubungan anda dan diri anda pada ketika itu.

Jangan gunakan alasan anda sibuk sehingga ia menjejaskan hubungan kalian. Cari masa dan lakukan yang terbaik untuk pastikan hubungan anda berkekalan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen