15 Tips Menyemarakkan Cinta Agar Sentiasa Mekar.

Oleh: Rafi

Usah biarkan cintamu padam.

Pernahkah kita melihat pasangan sudah berusia yang sentiasa berpimpin tangan? Tentu hati kita mudah saja tersentuh melihat keikhlasan kasih dua hati yang mungkin sudah bersama berdekad lamanya itu. Saat itu barangkali kita juga mahu seperti mereka - sentiasa dilimpahi cinta dan kasih biar kehidupan nyata sudah dimamah usia. Kasih dibina itu juga tentu diharapkan terus manis dan subur hingga ke akhir hayat. Sayangnya kini, ramai pula yang mengeluh hanya selepas beberapa tahun melayari bahtera perkahwinan. Sifat romantik yang menjadi asas kepada hubungan pasangan kekasih semakin luntur seiring usia pernikahan. Malah kadangkala mati terus, lantas kasih sayang sesama suami isteri terus jadi hambar. Tentu saja sesiapa pun tidak mahu perkara itu berlaku dalam perkahwinan mereka apatah lagi buat pasangan yang dipilih atas dasar cinta, kebahagiaanlah yang diharapkan sehingga ke hujung nyawa. Seperti bait lagu P Ramlee, `Di mana kan ku cari ganti serupa denganmu', tentu saja kita tidak mahu kehilangan orang yang tersayang. Apatah lagi sekiranya akibat jemu dan bosan hidup bersama apabila rasa ghairah sudah terkubur. Membawa kembali rasa ghairah dan cinta yang mendalam melalui sifat romantik ternyata sangat penting, sama seperti ketika baru-baru berkenalan dan melalui alam percintaan. Sememangnya dalam zaman serba pantas dan materialistik ini, ditambah dengan anak yang semakin ramai, sukar untuk menghabiskan setiap saat yang bermakna bersama pasangan. Itu belum dikira bebanan di tempat kerja yang banyak hingga kadangkala terpaksa dibawa pulang ke rumah. Namun ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita tidak menghiraukan pasangan, sebaliknya berusaha mencari masa dan ketika yang sesuai untuk berduaduaan dengan pasangan. Di sini disenaraikan tip yang boleh dipraktikkan sesiapa saja untuk mengeratkan hubungan dengan pasangan:



1. Tanggungjawab membesarkan anak ditambah pula dengan beban tugas di tempat kerja sememangnya menimbulkan tekanan yang kadangkala boleh menguasai diri.

Apapun, jangan biarkan tekanan memusnahkan sifat romantik yang ada dalam diri masing-masing. Sekiranya ia dipandang ringan, percayalah ia mampu merosakkan kebahagiaan berumahtangga.

2. Beri perhatian dan lakukan perkara kecil yang dapat menambah rasa sayang dalam diri pasangan.

Bukan sukar melaksanakannya. Anda tidak perlu memikirkan hadiah mahal buat si dia, cukup sekadar mencoret nota luahan sayang buat pasangan yang boleh anda tinggalkan di manamana dalam kawasan rumah. Hatinya tentu berbunga gembira tatkala membaca luahan yang sekadar menyatakan kerinduan anda buat si dia.



3. Memupuk dan menjaga kasih sayang antara pasangan memerlukan usaha yang bukan sedikit malah perlu dilakukan secara konsisten.

Ini bukan kerja sekali atau dua kali setahun. Membaja kasih sayang umpama anda menyiram pohon yang sentiasa dahagakan air siraman apatah lagi dalam cuaca kekeringan. Jadi, usah biarkan si dia sentiasa kekeringan kasih sayang dari anda.

4. Memiliki anak yang ramai juga bukan alasan untuk terlalu fokus pada anak hingga mengabaikan perasaan pasangan.

Luangkan masa beberapa jam untuk bersama pasangan pada hujung minggu. Keluar untuk temu janji biarpun bukan sehari suntuk mampu mengembalikan nostalgia ketika zaman bercinta dan menguatkan kasih sayang sesama suami isteri.

5. Berjalan beriringan dengan isteri sambil berpimpin tangan.

Usah malu kerana si dia pasti menghargainya. Justeru setiap kali mempunyai kesempatan berbuat demikian misalnya ketika keluar berdua, apa salahnya berpimpin tangan kerana ia mampu membuatkan pasangan rasa penting dan dikasihi.



6. Sentiasa mengingati tarikh yang penting dan bermakna buat pasangan.

Tidak patut jika anda melupakan tarikh bermakna seperti tarikh lahir. Sesetengah orang tidak kisah tetapi ramai yang tentu rasa cukup dihargai apabila ada yang mengenang tarikh lahir mereka terutama daripada orang tersayang. Selain itu, usah lupa meraikan ulang tahun perkahwinan bersamasama.

7. Sentiasa berkomunikasi dan tidak membiarkan pergaduhan kecil melarat.

Setiap kali timbul salah faham, luangkan masa untuk berbincang secara matang dan rasional, bukannya mengikut perasaan kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.

8. Ketepikan perasaan ego, sombong, terlalu sensitif dan sukar bertolakansur.

Ini penting supaya komunikasi bersama pasangan menjadi lebih efektif, seterusnya membuatkan hubungan dengan pasangan sentiasa berada dalam keadaan baik.

9. Sekiranya anda gemar mengkritik, lakukannya secara berhemah terutama apabila membabitkan pasangan hidup anda.

Kritikan yang berhemah dan membina dianggap cara terbaik apatah lagi jika berniat untuk berubah kepada perkara lebih baik.

10. Luangkan masa hanya berbualbual mengenai pelbagai perkara.

Ramai pasangan sudah tidak berbual lagi masa kini malah ada yang lebih gemar berbual dengan
orang lain berbanding pasangan sendiri. Berbual pelbagai topik termasuk hal ehwal semasa boleh membantu untuk menjadikan hubungan lebih menyeronokkan dan tidak bosan.



11. Tidak menjadikan perkara kecil seperti pakaian tidak berbasuh atau rumah semak sebagai punca pergaduhan.

Usah jadikan hal remeh sedemikian sebagai punca untuk bertekak sebaliknya bekerjasama untuk menyelesaikan apa saja perkara secara bersama. Bergaduh kerana perkara kecil boleh melarat kepada perkara yang lebih besar terutama jika pasangan gemar mengungkit hal lalu. Tentu ini akan lebih memburukkan keadaan hingga terjadi pula perang besar.

12. Didik anak untuk berdisiplin dan membantu kerja rumah.

Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan stres ibu bapa apabila anak bijak menguruskan diri sendiri.

13. Sering membuat kejutan.

Berikan hadiah yang disukai si dia biarpun bukan pada ulang tahun hari lahir atau ulang tahun perkahwinan sematamata untuk menggembirakan pasangan.

14. Memanggil pasangan dengan panggilan yang baik dan manja.

Jangan sesekali menghamburkan katakata kesat terhadap pasangan biarpun dalam keadaan marah. Kawal kemarahan supaya tidak melukai hati pasangan. Apabila hati sudah luka, kelak sukar pula untuk menjernihkan suasana.

15. Sentiasa memikirkan kebaikan pasangan terhadap diri anda.

Kita sering memikirkan kebaikan diri sendiri tetapi lupa untuk memikirkan kebaikan si dia. Mudahmudahan hati kita lebih bersyukur apabila mengenang kebaikan pasangan terhadap diri kita. Pada masa sama, tidak salah jika kita pula belajar untuk mudah memaafkan tanpa menyimpan perasaan dendam atau sakit hati.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen