Ungkapkan ‘I Love You’ Pada 5 Situasi Ini Pasti Akan Mengusik Jiwa Si Dia.

Ungkapan I Love You mungkin biasa sahaja kedengarannya. Namun percayakah anda bahawa ungkapan itu sangat berkuasa? Malah ayat itu sebenarnya boleh menjadikan seseorang runtun hatinya mengikut situasi yang sedang berlangsung.

Jom ketahui situasi berikut…

Situasi 1: Sebelum tidur.

Ungkapkan lah kata-kata azimat ini sebelum si dia melelapkan mata. Jika masih belum berkahwin, hantar sahaja pesanan ringkas kepadanya dengan kata-kata cinta, supaya tidurnya lena dibuai mimpi indah. Pasti bibirnya juga sentiasa mengukirkan senyuman kerana jiwanya terusik dengan ‘I Love You’



Situasi 2: Ketika bergaduh.

Ketika bergaduh antara suami dan isteri, jika ada salah seorang mengungkapkan 'I love you' pasti pihak yang satu lagi akan mudah terusik. Malah mungkin akan membuatkan anda berdua terimbas kembali saat-saat dilamun cinta.

Keadaan bergaduh suami isteri memang tidak dapat dielakkan. Maklumlah dua individu berbeza perlu berkongsi semuanya. Maka akan wujudlah situasi berbeza yang boleh mencetuskan perselisihan faham.

Justeru jangan kedekut untuk mengungkapkan 'aku cinta kamu' kepada pasangan.

Situasi 3: Ketika berjauhan.

Jika ada antara anda yang perlu bertugas di luar kawasan, cubalah telefon pasangan anda dan bisikkan 'I love you'. Pasti si isteri akan tersentuh dan boleh menitiskan air mata. Terasa ingin terbang memeluknya. Ungkapan ini sungguh berkuasa hingga mampu mencetuskan rasa rindu yang teramat kepada pasangan.



Situasi 4: Ketika melihat anak-anak bermain di taman.

Pasangan suami isteri yang telah memiliki anak pasti kurang meluangkan masa kerana masa lebih pada anak-anak. Jadi, sekiranya membawa anak-anak ke taman permainan, lihat mereka dari jauh kemudian bisikkan pada telinga si isteri ungkapan tersebut. Pasti menggetarkan jiwanya, kerana kejadian spontan sebegitu jarang suami mahu lakukan.

Jangan lah pula anda mengatakan suami anda gila atau buang tabiat. Menjadi romantik sekali-sekala tidak salah bukan.

Situasi 5: Ketika memasak.

Untuk mengetahui rahsia masakan isteri anda sedap sehingga menjilat jari, pasti lah ia dimasak dengan kasih sayang. Air tangan seorang isteri yang penyayang pasti dapat mengikat perut suami dengan makanan yang lazat. Jadi, jika ingin menambahkan rasa sedap pada makanan, jangan lupa bisikkan pada telinga si isteri ungkapan ini untuk penambah rasa, pasti makanan akan bertambah lazat.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen