Suami Sering Mendiamkan Diri Ketika Menghadapi Masalah Dengan Isteri. Tetapi Apakah Hukumnya Menurut Islam?

Sering kita mendengar, melihat dan membaca… lelaki akan mendiamkan diri ketika serabut memikirkan masalah. Mendiamkan diri satu hal tetapi kemudian menghilangkan diri pula sehingga si isteri terpinga-pinga. Adakah ia baik menurut islam? Jadi, si suami hanya boleh mendiamkan diri jika….

1. Hanya mendiamkan diri untuk tidak menambahkan masalah.

Allah SWT berfirman;

“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur…” (An-Nisa’: 34)

Maka seperti ayat di atas, jika si isteri masih tidak taat pada suami setelah diberi nasihat, si suami hendaklah menjauhkan diri sebentar.



2. Hanya berdiam diri di rumah sahaja.

Riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda

“Dan janganlah engkau memukul isterimu di wajahnya, dan jangan pula memburuk-burukkan serta jangan melakukan hajr (mendiamkan isteri) selain di rumah” (HR. Abu Daud no. 2142).

Hajr bermaksud meninggalkan dan berpaling. Seorang suami dilarang memukul isteri dan mendiamkan diri selain dari rumah. Jika berada diluar rumah, jangan lah tidak mempedulikan mereka atau memukul mereka.

3. Jangan mendiamkan diri kerana hal remeh.

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” (H.R. Muslim)

Tidak baik jika seorang suami mendiamkan diri apabila isteri melakukan kesalahan yang remeh. Kesalahan remeh kemudian dibesar-besarkan seperti si isteri membuat kesalahan jenayah dan wajib dipenjarakan. Malah si suami sentiasa melihat sikap begitu dengan pandangan yang teruk dan buruk.

Berbincang lah dengan isteri. Dan kekurangan mereka pasti ada kebaikannya. Jangan lah hanya melihat pada kekurangan sahaja.



4. Mempunyai had masa untuk mendiamkan diri.

Dari Abu Huraira r.a bahawa Nabi SAW bersabda;

“Tidak halal bagi seorang Muslim mendiamkan saudaranya lebih dari tiga hari. Barangsiapa mendiamkan saudaranya lebih dari tiga hari kemudian mati, maka ia masuk Neraka”. (Shahih. HR. Abu Dâwud (no. 4914) dan Ahmad (II/392). Dishahihkan oleh Syaikh al-Albâni)

Maka seperti hadith di atas jangan lah mendiamkan diri lebih dari 3 hari. Takut akan memudaratkan diri sendiri kelak. Lebih elok jika marah 1 hari sahaja, nanti pasti isteri merindui untuk mendengar suara suaminya.

5. Jangan jadikan punca mendiamkan diri kepada perceraian.

Dan yang paling penting, jangan lah seorang suami itu mendiamkan diri terlalu lama, menghilangkan diri dan melafazkan talak. Kerana sesungguhnya perceraian adalah perkara halal yang dibenci oleh Allah SWT.

Kesimpulannya, berkomunikasi lah antara pasangan suami isteri. Cepat-cepat ungkapkan kata maaf sebelum terlambat.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen