Bagaimana Cara Rasulullah SAW Memarahi Dan Menangani Perasaan Cemburu ‘Aisyah? Jom Ikuti Tips Ini.

Kepada suami dan bakal-bakal suami diluar sana, ikuti panduan ini jika buntu tidak tahu cara yang betul untuk memarahi isteri..

1. Memeluk .

Sebuah kisah diriwayatkan, dimana Rasulullah marah kepada Isterinya ‘Aisyah kerana cemburu pada Khadijah iaitu Isteri pertama baginda. Kemudian baginda berkata pada ‘Aisyah “Tutuplah matamu”. Maka ‘Aisyah menutupkan mata dan dalam posisi tersebut Rasulullah SAW memeluknya dan berkata “Ya Humaira ku, marahku telah pergi setelah aku memelukmu”.(HR Muslim).



2. Menyentuh wajah isteri.

Ketika perasaan cemburu ‘Aisyah terhadap Khadijah, beliau sering menunjukkan sikap dengan kata-kata cemburu. Situasi begini membuatkan Rasulullah memicit manja hidung ‘Aisyah dan berkata: “Ya Humaira, bacalah doa : Wahai Tuhanku, ampunlah dosa dosa ku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindunglah aku dari fitnah yang menyesatkan”. (HR Ibnu Sunni).

Tindakan tersebut merupakan contoh bahawa Rasulullah SAW tetap memperlakukan isterinya dengan baik walaupun dalam keadaan yang marah.

3. Tegur dengan keadaan yang tegas.

Sebuah kisah yang telah diriwayatkan dimana ‘Aisyah berkata pada Rasulullah bahawa Shafiyah adalah gadis yang ‘bertubuh pendek’. Apabila baginda mendengar hal tersebut, baginda menegur dengan kata-kata yang tegas agar ‘Aisyah tidak merendah atau memperkecilkan orang lain.

“Sungguh, engkau telah mengucapkan suatu kata yang jika dicampur dengan air lautan akan rosak air laut tersebut”. (HR Tirmidzi).

Dalam hadith tersebut menjelaskan bahawa walaupun Rasulullah amat menyayangi ‘Aisyah tetapi baginda tetap bersikap tegas demi kebaikan isterinya.



4. Tidak marah atau menegur dikhalayak umum.

‘Aisyah berasa cemburu kerana ketika gilirannya untuk mengunjungi Rasulullah, beliau menerima kurma dari Isteri baginda yang lain, kerana terlalu cemburu ‘Aisyah memecahkan piring berisi kurma tersebut. Namun baginda tidak pula memarahi ‘Aisyah di hadapan para sahabatnya, tetapi memungut piring yang pecah tersebut dan menggantikan dengan piring yang baru. Ini kerana Rasulullah amat memahami keadaan ‘Aisyah yang terlalu cemburu.

5. Memberi nasihat.

Antara nasihat yang pernah baginda beri pada para isterinya adalah “Kalian sering mencaci dan tidak pandai berterima kasih terhadap suami. Sesungguhnya kalian adalah orang yang paling kurang akal dan agamanya”.(HR Muslim).

Dari nasihat tersebut baginda menganjurkan pada wanita untuk menerima suami seadanya kerana suami selalu berusaha memberi yang terbaik dan bersikap seadil-adilnya kepada isteri. Dalam situasi sebegini memaafkan adalah keutamaan di dalam islam malah bersikap sabar juga.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen