Antara 4 Kewajipan Utama Untuk Menjadi Isteri Yang Baik Pada Suami.

Pasti hati dan perasaan menjadi senang apabila telah bertemu jodoh yang bertepatan dengan jiwa anda. Sentiasa mengukirkan senyuman, dan tidak sabar untuk melangkah ke alam perkahwinan dengan si dia. Tetapi jangan lupa, selain taat pada kedua ibu bapa, suami juga adalah salah seorang yang akan menjadi keutamaan apabila berkahwin kelak.



Jangan lupa lakukan 4 kewajipan ini…

1. Taat pada suami dan akur dengan perintahnya.

Jika anda adalah sebagai boss dalam syarikat dan hanya memerintah pekerja untuk menurut perintah anda, tetapi jangan lupa dirumah suami adalah ‘boss’ anda. Bukanlah untuk memperlakukan mereka seperti anak raja, tetapi anda tahu peranannya sebagai imam keluarga dan menidakkan tugas tersebut.

Selagi ia tidak melanggar syarat dan syariat Islam, selagi itu anda perlu taat pada perintahnya, seperti yang Allah SWT telah berfirman dalam Surah An-Nisa ayat 34.

2. Sentiasa melakukan kebaikan.

Hati yang sentiasa ikhlas untuk melakukan kebaikan kepada suami. Berusaha mencari rezeki untuk keluarga dengan keredhaan suami. Tidak menjadi kerugian berbuat baik kepada suami serta ahli keluarganya.



3. Menjaga aurat.

Seperti Allah SWT telah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 31 tentang aurat wanita, jadi wajiblah seorang wanita itu menutup aurat setelah baligh dan menjaga perhiasan dirinya daripada pandangan orang lain kecuali suami dan mahramnya.

Perhiasan diri bermaksud rantai di leher, anting-anting atau gelang kaki. Dengan kata lain, perhiasan yang sepatutnya tidak terlihat, tetapi anda dengan sengaja mempertontonkan perhiasan tersebut pada orang ramai.

Jadi ketahuilah anda sebelum berkahwin, anda perlu menjaga nama ayah supaya mereka tidak digelar lelaki dayus. Setelah berkahwin, anda telah menjadi tanggungan di bawah suami pula untuk menjaga nama mereka.

4. Tidak bersikap jahiliah.

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya….”(Al-Ahzaab: 33)

Wanita muslimah sebagai isteri juga wajib untuk menjaga dirinya dan rumahnya. Orang-orang jahiliah kebiasaannya bersikap berlebihan dalam berdandan. Apalagi mereka tidak dapat menjaga kehormatan diri nya sebagai wanita di luar rumah. Untuk itu wanita muslimah wajib untuk menjaga dirinya salah satunya tidak bersikap sebagaimana orang-orang jahiliah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen