Ciri-Ciri Lelaki Yang Telah Bersedia Untuk Berkahwin. Adakah Teman Lelaki Anda Tergolong Dalam Ciri-Ciri Ini?

Umur bukan lah pengukur untuk menentukan kematangan seseorang, malah lelaki yang matang dan bersedia untuk berkahwin juga tidak semestinya perlu berusia. Pengalaman seseorang itu menunjukkan bahawa si dia telah bersedia untuk menempuh kehidupan pada tahap seterusnya.



Jom ketahui jika teman lelaki anda telah bersedia untuk berkahwin atau tidak…

1. Mempunyai ekonomi yang kukuh.

Mempunyai ekonomi yang kukuh bukan hanya dapat dilihat dengan penyediaan mas kahwin dengan wang hantaran, tetapi anda juga perlu lihat, adakah si dia boros berbelanja? Adakah si dia mempunyai simpanan untuk masa hadapan? Adakah si dia pandai mengagihkan duit gajinya untuk simpanan dan belanja?



2. Memiliki pemahaman dalam ilmu agama.

Si dia juga mempunyai pemahaman ilmu agama yang lebih baik daripada teman wanitanya kerana dia berusaha untuk menjadi pemimpin yang berwibawa. Jika si dia mempunyai ilmu agama yang kurang daripada anda, sudah tentu dia sedaya upaya untuk mempunyai pemahaman yang sama dengan anda supaya dapat menjadi imam keluarga.

3. Berjiwa pemimpin.

Apabila si dia sudah melengkapi dirinya dengan pemahaman agama, sudah tentu dia bersedia menjadi pemimpin keluarga kerana untuk mencari nafkah dan melindungi keluarganya kelak. Malah dia juga mahu memimpin bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga. Dengan adanya jiwa yang bercirikan pemimpin sudah tentu dia mendidik diri untuk menjadi lebih berwibawa.



4. Bertanggungjawab.

Si dia bertanggung jawab dalam segala hal. Oleh kerana sudah biasa hidup berdikari dan mencari rezeki sejak dari zaman bujang, ia telah mendidik dirinya untuk menjadi lebih bertanggung jawab. Si dia berjaya hidup tanpa dibawah tanggungan ibu bapa. Ibu bapanya juga amat mempercayai kredibilitinya sebagai seorang lelaki yang mampu menjaga isteri kelak.

5. Bersikap adil.

Si dia juga mampu untuk bersikap adil dan tidak memilih kasih. Keputusan yang selalu dibuat oleh si dia juga menunjukkan keadilan dalam dirinya. Bukan sahaja semasa di pejabat, malah anda dapat melihat ketika si dia berbual dengan sahabat dengan ahli keluarga juga.

Jika terdapat sikap adil ini di dalam seorang lelaki, maka jangan lah anda risau kerana dia mampu untuk bersikap adil dalam keluarganya sendiri kelak. Oleh kerana dengan adanya pemahaman agama sudah tentu, ia akan mendidik diri mereka untuk menjadi suami yang adil pada isteri dan anak-anak supaya tiada siapa mudah tersinggung hati.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen