6 Jenis Lelaki Yang Sesuai Untuk Diajak Menjalinkan Hubungan Serius.

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat anda yang sudah mempunyai pasangan yang setia, sudah pasti ingin cepat-cepat naik ke pelamin. Apa lagi kalau anda sudah menjalin hubungan yang sudah cukup lama. Tetapi mungkin masih ada yang membuat anda ragu untuk segera berkahwin. Bertenang kalau pasangan anda sudah memiliki enam kriteria ini ia dijamin bahawa dirinya akan serius dengan hubungan kalian. Anda juga tidak perlu ragukan dengan mereka yang anda enam sifat ini.




1. Sabar.

Bagaimanapun menjalinkan hubungan ini perlukan kesabaran. Anda dan pasangan harus bergilir-gilir untuk mengalah dan bersabar. Kalau pasangan anda sabar untuk menghadapi anda yang suka membuat perangai dengannya, anda perlu segera untuk mengajaknya untuk berkahwin.

2. Perhatian.

Menurut orang perkahwinan itu juga perlu banyak perhatian. Tapi perhatian-perhatian kecil seperti menanyakan keadaan anda di pejabat akan menjadi sangat bererti ketika anda sudah berumah tangga.

3. Tidak takut komitmen.

Nah ini sangat penting, pasangan anda tidak takut diajak berkomitmen. Hal kecil yang menandakan dia tidak takut untuk berkomitmen adalah tidak memberi alasan saat diajak berjumpa orang tua anda.



4. Pendengar setia.

Selain harus sabar, anda juga harus memilih pasangan yang boleh menjadi pendengar setia anda. Hubungan baik itu saling menerima dan memberi. Ada kalanya anda mahu didengar dan ada kalanya pasangan anda juga ingin menjadikan anda pendengar setianya.

5. Terbuka.

Pasangan jenis yang terbuka adalah jenis yang paling penting dan perlu. Sikap saling terbuka ini akan menguntungkan anda di kemudian hari. Tidak akan ada pergaduhan yang kecil dan remeh hanya kerana tidak saling percaya.

6. Penyokong terbaik.

Hidup itu seperti roda kadang-kadang di bawah, kadang di atas. Pasangan anda harus menjadi pendorong yang baik ketika anda sedang hilang semangat. Hal ini boleh membuat anda terus menerus berfikir positif. Kalau ada pasangan yang tidak boleh memberikan pendapat, lebih baik anda berfikir dua kali untuk bersama dengannya.

Mencari pasangan yang mempunyaienam ciri ini agak sukar. Hal ini kerana, orang lelaki agar sukar untuk menjalinkan hubungan yang serius dalam perkenalan yang singkat.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen